• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 6, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DAP ‘Serang’ Pemimpin Melayu-Islam Untuk Menjuarai Sentimen Kaum Tertentu

oleh Mynewshub
06/08/2026
dalam Utama & Sensasi
0
DAP ‘Serang’ Pemimpin Melayu-Islam Untuk Menjuarai Sentimen Kaum Tertentu
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dakwaan pemimpin DAP konon Barisan Nasional (BN) mengamalkan politik perkauman adalah tidak logik kerana gabungan politik tersebut turut dianggotai oleh MCA dan MIC sebagai parti komponen.

Pengarah Komunikasi Pemuda BN, Neow Choo Seong berkata, kepimpinan BN malah sentiasa menterjemahkan komitmen terhadap kelangsungan kerjasama antara kaum di bawah ‘payung” BN.

Menurut beliau, keadaan itu berbeza dengan DAP yang pernah berbangga memperoleh 95 peratus undi Cina pada Pilihan Raya Umum 2018 dan 2022 serta cubaan menakutkan pengundi dengan ‘gelombang hijau’

“Siapakah yang melontarkan tuduhan rambang dan melabel pemimpin seperti Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Dr. Akmal Saleh sebagai ekstrem?

“Adalah hipokrit apabila DAP menuduh pihak lain bermain politik identiti sedangkan jentera mereka terus menerus menyerang susuk tubuh pemimpin Melayu-Islam untuk menjuarai sentimen kaum tertentu,” katanya dalam satu kenyataan di media sosial.

Terdahulu, beliau menegaskan dakwaan Ahli Parlimen Kampar, Chong Zhemin BN menggerakkan kempen berasaskan kaum secara terbuka adalah tidak berasas, meleset ran sekadar percubaan untuk menutup kelemahan partinya sendiri.

Menurut beliau, Zhemin dan kepimpinan DAP perlu bermuhasabah diri apabila mengaitkan kekalahan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan dengan eksploitasi politik identiti.

“Jangan salahkan pengundi dan jangan sesekali mempertikaikan hak mutlak serta kuasa rakyat untuk memilih sesiapa sahaja. Sikap dwistandard ini amat memualkan.

“Apabila DAP menang, rakyat dipuji kononnya mengundi dengan bijak. Tetapi apabila tewas, pengundi pula dituduh dengan pelbagai label negatif seolah-olah menafikan hak demokrasi rakyat.

“Berhentilah menghina pengundi dan terimalah isyarat rakyat dengan hati yang terbuka,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial MCA

Tags: Barisan NasionalBNDAPNeow Choo SeongPengarah Komunikasi Pemuda BNperkauman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Tidak Mendatangkan Impak Buruk – Timbalan Setiausaha Agung PKR

DAP Tidak Mendatangkan Impak Buruk – Timbalan Setiausaha Agung PKR

05/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Shafi Muhammad mendakwa keberadaan wakil DAP dalam pentadbiran Kerajaan...

Pentadbiran Kerajaan Madani Cemerlang, Tidak Perlu Bubar Parlimen – Saifuddin Shafi

Pentadbiran Kerajaan Madani Cemerlang, Tidak Perlu Bubar Parlimen – Saifuddin Shafi

05/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Shafi Muhammad menolak saranan supaya Parlimen dibubarkan sekiranya DAP...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd