• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 6, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dana Rakyat Diserah Kepada Ketua Cabang PKR? Adakah Ini ‘Sakau’ Yang Dihalalkan?

oleh Mynewshub
06/08/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Dana Rakyat Diserah Kepada Ketua Cabang PKR? Adakah Ini ‘Sakau’ Yang Dihalalkan?
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung mendakwa baki peruntukan RM3 juta oleh kerajaan untuk Parlimen Petaling Jaya tidak lagi disalurkan melalui beliau selaku wakil rakyat Parlimen Petaling Jaya.

Menurutnya, beliau difahamkan permohonan untuk peruntukan itu bagi Parlimen Petaling Jaya kini diuruskan oleh Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Petaling Jaya, YB Hee Loy Sian.

Beliau mempersoalkan sejak bila dana rakyat boleh diserahkan kepada Ketua Cabang PKR sedangkan peruntukan Parlimen bukan untuk diuruskan oleh mana-mana jawatan parti politik.

“Adakah ini satu bentuk ‘sakau’ yang dihalalkan? Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) sendiri sering menggunakan istilah ‘sakau’ untuk mengkritik penyalahgunaan dana awam.

“Maka rakyat berhak bertanya sama ada tindakan memindahkan kuasa mengurus dana rakyat kepada seorang Ketua Cabang parti politik merupakan satu bentuk ‘sakau’ yang kini dianggap boleh diterima,” dakwanya menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di media sosial.

Terdahulu, Chean Chung berkata, akses beliau ke portal MyKhas telah disekat pada penghujung Mei lalu dan Perdana Menteri akhirnya mengesahkan baki peruntukan RM3 juta bagi Parlimen Petaling Jaya tidak lagi disalurkan melalui Ahli Parlimen.

Menurutnya, beliau telah berusaha mendapatkan penjelasan melalui pelbagai saluran mengenai ke mana perginya baki peruntukan tersebut, namun tiada penjelasan rasmi diberikan.

Katanya, selepas program Perdana Menteri di Petaling Jaya, beliau menerima satu tangkap layar daripada kumpulan WhatsApp Ahli Jawatankuasa Cabang PKR Petaling Jaya dan dalam mesej tersebut, Ketua Cabang PKR Petaling Jaya, YB Hee Loy Sian, memaklumkan:

“Utk makluman semua, mulai sekarang permohonan ICU Parlimen Petaling Jaya utk kerja-kerja kecil & sumbangan kewangan boleh merujuk kpd saya.”

Kata beliau, jika tangkap layar itu tidak didedahkan, hanya kelompok tertentu yang rapat dengan kepimpinan Cabang PKR akan mengetahui saluran baharu permohonan tersebut.

Dalam pada itu, beliau mempersoalkan mengapa tiada sebarang pengumuman rasmi dibuat jika benar berlaku perubahan mekanisme penyaluran peruntukan dan bagaimanakah dana RM3 juta itu diuruskan.

“Adakah dana tersebut masih kekal di bawah kawalan kerajaan dengan proses yang telus, atau adakah ia kini diurus melalui saluran yang dikendalikan oleh PKR?

“Kerajaan perlu menjelaskan mekanisme sebenar supaya tidak timbul persepsi bahawa wang rakyat telah menjadi ‘dana parti’,” katanya.

Beliau turut mempersoalkan sama ada perkara yang sama berlaku di kawasan Parlimen lain selain Parlimen Petaling Jaya dan Subang kerana terkini peruntukan Ahli Parlimen Ampang turut disekat.

“Persoalannya, adakah Ahli-ahli Parlimen lain yang turut disekat daripada mengakses MyKhas mengalami situasi yang sama, di mana peruntukan kawasan mereka disalurkan kepada pimpinan parti kerajaan di kawasan masing-masing?” katanya.

Ujar beliau, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu menyatakan sama ada mekanisme seperti itu mematuhi prinsip tadbir urus, integriti dan undang-undang atau sama ada ia wajar disiasat bagi mengelakkan sebarang penyalahgunaan kuasa dan konflik kepentingan.

Tambah beliau, parti-parti komponen Kerajaan Perpaduan termasuk DAP dan Amanah juga perlu menyatakan pendirian sama ada bersetuju dana awam boleh diuruskan oleh pemimpin parti politik.

“Saya sekali lagi menegaskan bahawa isu ini bukan mengenai kepentingan seorang Ahli Parlimen.

“Isunya ialah ketelusan, akauntabiliti dan hak rakyat Petaling Jaya untuk mengetahui siapakah yang kini menguruskan baki RM3 juta peruntukan kawasan mereka, berdasarkan kuasa apa, melalui prosedur apa, dan dengan mekanisme semak dan imbang yang bagaimana,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Lee Chean Chung

Tags: Ahli Parlimen Petaling JayaDatuk Seri Anwar IbrahimDihalalkanKetua CabangLee Chean Chungparti keadilan rakyatPerdana Menteriperuntukan Ahli ParlimenPKR Petaling JayaRM3 JutaSakau
Share199Tweet124SendShare

Related Posts

PMX Anwar Tetap Tenang, Yakin, Bersemangat – Menteri Agama

PMX Anwar Tetap Tenang, Yakin, Bersemangat – Menteri Agama

06/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Zulkifli Hasan menyatakan rasa kagum terhadap kepimpinan Perdana Menteri,...

DAP Tidak Mendatangkan Impak Buruk – Timbalan Setiausaha Agung PKR

DAP Tidak Mendatangkan Impak Buruk – Timbalan Setiausaha Agung PKR

05/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Shafi Muhammad mendakwa keberadaan wakil DAP dalam pentadbiran Kerajaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd