• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Aku Janji: Menteri Pendidikan Minta Semua Pihak Bertenang

oleh Mynewshub
13/08/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Aku Janji: Menteri Pendidikan Minta Semua Pihak Bertenang
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek memohon semua pihak bertenang dan memberi ruang kepada Kementerian Pendidikan (KPM) untuk menerangkan tentang Polisi Perlindungan Murid Sekolah secara menyeluruh.

Menurutnya, beliau memahami kegusaran yang turut disuarakan oleh guru-guru berhubung Polisi Perlindungan Murid Sekolah.

“Polisi ini merujuk kepada perlindungan kepada semua yang terlibat dan berurusan dengan murid. Keutamaan KPM adalah untuk melindungi semua murid, guru dan seluruh warga sekolah.

“Sekiranya terjadi sesuatu insiden di sekolah, polisi ini memberi panduan yang terperinci berkaitan tanggungjawab semua pihak dan cara untuk menanganinya,” katanya dalam satu hantaran di media sosial.

Terdahulu, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) membantah paksaan kepada guru untuk menandatangani aku janji kepatuhan polisi perlindungan murid melalui surat pekeliling ikhtisas (SPI)

Setiausaha Agungnya, Fouzi Singon dipetik berkata, ia menidakkan usaha guru selama ini dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada murid dalam aspek perlindungan kepada mereka.

Tinjauan di media sosial pula mendapati sebahagian ibu bapa memberi reaksi negatif terhadap aku janji tersebut dengan mempersoalkan beberapa terma yang terkandung di dalamnya.

“Saya telah meminta Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia dan Penasihat Undang-Undang KPM untuk mengadakan satu sesi khas bersama pemegang taruh bagi menjawab dan meneliti setiap kebimbangan yang dizahirkan oleh guru-guru.

“KPM komited untuk memastikan setiap pelaksanaan dibuat secara teliti dan bertanggungjawab demi mewujudkan persekitaran sekolah yang selamat,” katanya. – MYNEWSHUB

Tags: Aku JanjiBertenangFadhlina SidekMenteri PendidikanPolisi Perlindungan Murid Sekolah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mengapa Lencana Jalur Gemilang Boleh Diberi Percuma? Baju Sekolah Tak Boleh? – Albert Tei

Mengapa Lencana Jalur Gemilang Boleh Diberi Percuma? Baju Sekolah Tak Boleh? – Albert Tei

09/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli perniagaan, Albert Tei mengkritik kemudahan bayaran ansuran pakaian seragam sekolah yang dikatakan untuk meringankan golongan ibu...

Ansuran Pakaian Seragam Sekolah Bukan Skim ‘Pay Later” – Menteri

Ansuran Pakaian Seragam Sekolah Bukan Skim ‘Pay Later” – Menteri

09/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menegaskan kemudahan bayaran ansuran pakaian seragam sekolah disediakan oleh kerajaan bukan pinjaman atau...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd