• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, August 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

100,000 Hadir Sambutan Hari Kebangsaan 2026 Di Dataran Putrajaya

oleh Mynewshub
31/08/2026
dalam Utama & Sensasi
0
100,000 Hadir Sambutan Hari Kebangsaan 2026 Di Dataran Putrajaya
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Lebih 100,000 pengunjung membanjiri Dataran Putrajaya bagi memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan 2026 hari ini.

Menurut kenyataan Jawatankuasa Media dan Publisiti Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026, acara perbarisan dan perarakan melibatkan 76 kontinjen, 22 kumpulan pancaragam serta 11 kereta berhias.

Secara keseluruhan, seramai 10,819 peserta mengambil bahagian membabitkan pelbagai agensi kerajaan, pasukan keselamatan, badan beruniform, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), pelajar sekolah, institusi pengajian tinggi serta wakil masyarakat sivil.

Buat julung kalinya, sambutan Hari Kebangsaan turut disertai Askar Timbalan Setia Negeri Johor, kontinjen Sukan SEA 2027 dan kontinjen kluster Kelestarian Ekonomi Jingga.

Sambutan turut diserikan dengan persembahan pergendangan yang menggabungkan Rebana Inovasi dan Kompang Inovasi bersama pelbagai alat muzik tradisional mewakili komuniti serta wilayah di Malaysia.

Persembahan berkenaan melibatkan 150 peserta pergendangan dan 1,500 peserta grafik manusia yang mencerminkan kepelbagaian warisan seni dan budaya negara.

Pengunjung turut disajikan dengan persembahan skuadron pesawat pejuang, pesawat pengangkut dan helikopter oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Persembahan penutup “Rentak Madani, Paluan Tradisi” pula menghimpunkan 2,350 peserta daripada Kumpulan Kesenian Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), PERMATA Seni Tari, pelajar Kementerian Pendidikan (KPM), agensi dan jabatan kerajaan, syarikat seni serta badan bukan kerajaan (NGO) seni dan budaya.

Penyanyi terkenal tanah air, Faizal Tahir turut membuat persembahan dengan menyampaikan lagu tema rasmi Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2026, “Aku Berjanji”

Sambutan berkenaan turut diserikan dengan keberangkatan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah.

Hadir sama Perdana Menteri bersama isteri, Timbalan-Timbalan Perdana Menteri, barisan Menteri Kabinet serta Duta dan Konsul Asing di Malaysia. – MYNEWSHUB

 

Tags: Dataran PutrajayaHari Kebangsaan 2026sambutan
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Penyanyi Rap 50 Cent Meriahkan Sambutan Kejuaraan Ke-12 Liga Super JDT 30 Mei

Penyanyi Rap 50 Cent Meriahkan Sambutan Kejuaraan Ke-12 Liga Super JDT 30 Mei

22/05/2026
0

ISKANDAR PUTERI – Kelab bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) mengesahkan barisan artis antarabangsa yang bakal memeriahkan sambutan kejuaraan ke-12...

Jawi Anjur Sambutan Maal Hijrah 2 Ogos Ini

Jawi Anjur Sambutan Maal Hijrah 2 Ogos Ini

28/07/2022
0

PUTRAJAYA – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dengan kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) akan menganjurkan Majlis Sambutan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd