• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penyanyi Rap 50 Cent Meriahkan Sambutan Kejuaraan Ke-12 Liga Super JDT 30 Mei

oleh Mynewshub
22/05/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Penyanyi Rap 50 Cent Meriahkan Sambutan Kejuaraan Ke-12 Liga Super JDT 30 Mei
Share on FacebookShare on Twitter

ISKANDAR PUTERI – Kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) mengesahkan barisan artis antarabangsa yang bakal memeriahkan sambutan kejuaraan ke-12 Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, 30 Mei ini.

Menerusi hantaran terbaru laman rasmi Johor Southern Tigers, rapper terkenal dunia 50 Cent diumumkan sebagai artis utama bagi acara mega “JDT Realm of 12 Night”.

Turut bakal membuat persembahan ialah Big Ben, One Four selain kumpulan tarian terkenal dunia Jabbawockeez dan Royal Family.

Pengumuman itu sekali gus menghangatkan lagi keterujaan penyokong JDT untuk acara “Enter The Realm of Champions” seperti dimaklumkan oleh Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail.

Sebelum ini, Mynewshub melaporkan Tunku Mahkota Ismail memberi bayangan sebuah acara mega bertaraf antarabangsa bakal berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim pada 30 Mei 2026.

Laman Johor Southern Tigers turut memaklumkan malam berkenaan akan dihiasi dengan pertunjukan dron, bunga api, teknologi ‘augmented reality’ serta pelbagai kejutan istimewa lain.

Acara “Enter The Realm of Champions” dijadual berlangsung pada pukul 8 malam dan dijangka menjadi antara sambutan paling gempak pernah dianjurkan buat penyokong JDT serta peminat bola sepak tanah air.

50 Cent atau nama sebenarnya Curtis James Jackson III merupakan antara ikon hip hop paling berpengaruh di dunia sejak awal tahun 2000-an.

Beliau mula mencipta nama menerusi album debut Get Rich or Die Tryin’ yang meledak di pasaran dan menjadikannya antara rapper paling terkenal di peringkat antarabangsa.

Antara lagu popularnya termasuk In Da Club, Candy Shop, 21 Questions dan Many Men yang masih menjadi siulan peminat sehingga hari ini. – MYNEWSHUB

 

Tags: 30 Mei50 Centhip-hopJDTJohor Darul Ta’zimKejuaraan Ke-12penyanyi rapsambutanstadium sultan ibrahim
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kelab Gergasi EPL Chelsea Bertemu JDT di Stadium Sultan Ibrahim, Ogos ini

Kelab Gergasi EPL Chelsea Bertemu JDT di Stadium Sultan Ibrahim, Ogos ini

20/05/2026
0

JOHOR BAHRU – Kelab bola sepak, Johor Darul Ta'zim (JDT) bakal mencipta satu lagi detik bersejarah apabila dijadual menentang kelab...

Tunku Mahkota Ismail Beri Jaminan Pusat latihan Baharu JDT Antara Yang Terbaik Di Dunia

Tunku Mahkota Ismail Beri Jaminan Pusat latihan Baharu JDT Antara Yang Terbaik Di Dunia

20/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Pusat latihan baharu kelab bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) akan menjadi antara pusat latihan bola sepak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd