KUALA LUMPUR – Veteran DAP, Datuk Teng Chang Khim mendakwa kuasa politik Melayu tidak akan hilang sekiranya undi bumiputera berpecah.
Bekas Speaker DUN Selangor itu berkata, Malaysia terdiri daripada 70 peratus bumiputera, 23 peratus Cina dan tujuh peratus India.
“Kalau bumiputera berpecah dua sama rata sekali pun, paling lemah pun dapat 35 peratus bagi setiap pihak.
“Macam mana boleh hilang kuasa politik? Yang boleh hilang kuasa adalah pemimpin Melayu, bukan orang Melayu,” katanya menerusi satu hantaran di media sosial hari ini.
Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan pada 1 Ogos ini menyaksikan pertembungan antara parti Bersatu dengan BN dan PN.
Bersatu enggan menyertai persefahaman antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) bagi mengelak undi berpecah.
BN dan PN mencapai kesepakatan pengagihan kerusi ditandingi dengan BN bertanding di 25 kerusi, manakala PN di 11 kerusi DUN.
Bagaimanapun Bersatu bertanding di lebih 20 kerusi DUN menggunakan logo sendiri.
Ramai pihak berpandangan undi Melayu akan berpecah sekali gus memberi kelebihan kepada Pakatan Harapan (PH) – MYNEWSHUB
Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Teng Chang Khim



