• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, August 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Undi Melayu Kita Satukan Sajalah” – KJ Seru Pilih Calon BN Elak Pecah Undi

oleh Mynewshub
03/07/2026
dalam Utama & Sensasi
0
“Undi Melayu Kita Satukan Sajalah” – KJ Seru  Pilih Calon BN Elak Pecah Undi
Share on FacebookShare on Twitter

PONTIAN – Bekas Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyeru pengundi Melayu hanya mengundi calon Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.

Kata beliau, PRN Johor menyaksikan pertandingan banyak penjuru yang boleh menyebabkan undi Melayu berpecah sedangkan BN Johor memerlukan mandat besar untuk terus memajukan negeri ini.

“Ada yang tiga atau empat penjuru. Ada Pakatan Harapan (PH), ada Perikatan Nasional (PN). Kali ini tuan-tuan, puan-puan undi Melayu itu kita satukan sajalah.

“PAS pun dah keluar kenyataan kawasan tidak ada calon daripada PAS, maka pengundi dan juga ahli PAS diminta untuk sokong calon BN,” katanya ketika berucap di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulai Sebatang dekat sini.

Dalam pada itu, Khairy Jamaluddin melahirkan rasa syukur kerana kerusi DUN Pulai Sebatang hanya menyaksikan pertandingan dua penjuru sekali gus memudahkan pengundi membuat keputusan.

“Alhamdulillah di Pulai Sebatang ini hanya dua penjuru sahaja. Kita lawan dengan PH. Saya doakan dan kita semua usahakan. Kita semua harapkan majoriti Puan Hasrunizah kali ini lebih besar daripada tahun 2022,” katanya. – MYNEWSHUB

Tags: Barisan NasionalCalon BNKhairy Jamaluddin Abu BakarKita SatukanPengundi Melayupilihan raya negeriPRN JohorUndi Melayu
Share202Tweet126SendShare

Related Posts

Video Zahid Mahu Teruskan Persefahaman BN-PN Di Melaka Kembali Tular

Video Zahid Mahu Teruskan Persefahaman BN-PN Di Melaka Kembali Tular

22/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Rakaman video kenyataan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pada 1 Ogos lalu...

RCI Tabung Haji Perlu Kaji Perkembangan Selepas 2020 Termasuk UJSB

RCI Tabung Haji Perlu Kaji Perkembangan Selepas 2020 Termasuk UJSB

13/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) meminta skop Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung pengurusan Lembaga Tabung Haji (TH) tidak terhad...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd