• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tambah Guru, Baiki Tandas Sekolah… Itu Bukan Reformasi Pendidikan – Anuar

oleh Mynewshub
02/07/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Tambah Guru, Baiki Tandas Sekolah… Itu Bukan Reformasi Pendidikan – Anuar
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tambah guru, baiki tandas, tambah bajet, baiki sekolah daif, buat kurikulum baharu, kurangkan beban tugas guru, buat pentaksiran bilik darjah dan sebagainya bukan reformasi pendidikan.

Pensyarah dan pakar pendidikan, Dr. Anuar Ahmad berkata, itu adalah reaktif kepada isu pendidikan berbangkit yang sekadar mengurus operasi pendidikan sahaja, bukan membina hala tuju pendidikan.

“Jadi, itu bukan Reformasi Pendidikan. Itu hanyalah penambahbaikan semata-mata. Masalah pendidikan akan terus kekal kalau sekadar tindakan tambah baik.

“Pengangguran belia akan kekal, masalah moral akan kekal, jurang pendidikan akan kekal, masalah buli akan kekal, budaya exam oriented akan kekal.

“Masalah pendidikan ini tidak akan selesai dengan sekadar tambah baik. Masalah ini hanya selesai dengan reformasi pendidikan yang besar dan berani,” katanya dalam satu kenyataan di media sosial hari ini.

Anuar berkata, reformasi pendidikan perlu bermula dengan menjawab beberapa persoalan asas yang menjadi cabaran utama sistem pendidikan negara.

Antaranya bagaimana sistem pendidikan
dapat membantu menyelesaikan isu pengangguran dalam kalangan belia, selain menangani masalah moral, akhlak dan disiplin dalam kalangan murid.

Beliau turut menegaskan keperluan untuk memperkukuh aspek inovasi dan kreativiti pelajar, di samping merapatkan jurang pendidikan antara murid miskin dan kaya, serta antara kawasan bandar dan pedalaman termasuk murid berkeperluan khas.

Dalam masa sama, beliau turut mempersoalkan sama ada sistem penilaian pendidikan sedia ada benar-benar mampu mengukur keupayaan dan potensi keseluruhan murid secara holistik.

Anuar turut menggesa agar sistem pendidikan negara dibangunkan melalui kolaborasi berstruktur antara kerajaan, industri dan komuniti, termasuk cadangan supaya sekolah diberikan autonomi lebih luas melalui penubuhan Lembaga Pengelola Sekolah yang mempunyai mandat lebih jelas dalam mengurus dan memajukan sekolah.

Beliau berharap Majlis Pendidikan Negara berani melaksanakan reformasi pendidikan secara menyeluruh, bukan sekadar melakukan penambahbaikan kecil atau “tampal sana sini”.

“Kalau kita terus dengan pendekatan lama yang hanya menambah baik secara kecil-kecilan, kita tidak akan ke mana,” katanya.

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Anuar Ahmad

 

Tags: Baiki TandasDr. Anuar AhmadPensyarah dan pakar pendidikanReformasi PendidikanTambah Guru
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Isu UEC, Bahasa Kebangsaan Tidak Timbul Jika Sistem Sekolah Satu Aliran – Anuar Ahmad

Isu UEC, Bahasa Kebangsaan Tidak Timbul Jika Sistem Sekolah Satu Aliran – Anuar Ahmad

27/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pensyarah dan pakar pendidikan, Dr. Anuar Ahmad mempersoalkan kesungguhan pelbagai pihak dalam merealisasikan sistem sekolah satu aliran...

“Kalau Dah 80 peratus pelajar UEC ambil SPM, Tak Payahlah iktiraf UEC”

“Kalau Dah 80 peratus pelajar UEC ambil SPM, Tak Payahlah iktiraf UEC”

25/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Tiada keperluan mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) untuk kemasukan ke institusi pendidikan tinggi awam (IPTA) kerana 80...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd