SEREMBAN – Keputusan Bersatu bertanding Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan menggunakan logo sendiri mengundang reaksi negatif dalam kalangan netizen.
Bersatu hari ini mengesahkan akan bertanding di 22 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), manakala parti Urimai diberikan dua kerusi untuk ditandingi.
Di media sosial, rata-rata netizen berpandangan tindakan Bersatu bertanding secara berasingan hanya akan memecahkan undi, sekali gus memberi kelebihan kepada pihak lawan.
Seorang pengguna Facebook, Irfan Azmi berkata, Bersatu kini dilihat sebagai parti yang hanya mengganggu usaha mengurangkan pertandingan banyak penjuru.
“Spoil parti Bersatu ni. Orang nak kecilkan penjuru supaya tak pecah banyak undi. Ni sibuk nak bertanding solo.”
Mohd Ehwan Supaat pula berkata, pengundi seharusnya tidak memberi perhatian kepada Bersatu pada PRN kali ini.
“Anggap Bersatu tak wujud dalam PRN NS ni.”
Sementara itu, Kamarul Azmi berharap pengundi Negeri Sembilan membuat pilihan dengan bijak pada hari pengundian.
“Harap orang Negeri Sembilan cerdik, tolak DAP, PH, Bersatu, PAN”
Shamsudin Zahidin pula mendakwa tindakan Bersatu bertanding secara solo menguatkan tanggapan bahawa parti itu hanya memecahkan undi Melayu.
“Maka mungkin betul tuduhan yang mengatakan Bersatu hanyalah alat bagi memecahkan undi Melayu sahaja, bagi memberi kelebihan kepada PH.”
Seorang lagi netizen, Md Badrul Hisam menyifatkan Bersatu sebagai “parti pengacau undi Melayu” dan berharap pengundi tidak mensia-siakan undi mereka.
“Parti pengacau undi Melayu…semoga pengundi bijak..jangan bazirkan undi” – MYNEWSHUB


