• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Soal Pembebasan Najib Tidak Perlu Tunggu Pilihan Raya – Nazifuddin

oleh Mynewshub
05/07/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Soal Pembebasan Najib Tidak Perlu Tunggu Pilihan Raya – Nazifuddin
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Anak kepada Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, Datuk Mohd Nazifuddin tampil memperjelaskan kenyataan beliau berhubung bapanya yang dimanipulasi oleh Pakatan Harapan (PH)

Mohd Nazifuddin menjelaskan kenyataan yang beliau sebut adalah kemenangan BN di Johor isyarat rakyat mahu Najib diampunkan, bukannya Najib akan dibebaskan jika BN Johor menang besar Pilihan Raya Negeri (PRN)

Beliau menegaskan sebarang proses pembebasan atau pengampunan terhadap Najib tertakluk kepada proses perundangan dan kuasa Yang di-Pertuan Agong, bukannya ditentukan oleh keputusan pilihan raya.

Jelasnya, dalam politik setiap pihak berhak menyuarakan harapan terhadap proses yang sah di sisi Perlembagaan dan perkara itu bukan sesuatu yang luar biasa dalam sistem demokrasi.

Beliau turut mempersoalkan tindakan pihak tertentu yang terus menjadikan isu itu sebagai bahan serangan politik, sedangkan menurutnya PH dilihat masih memainkan sentimen “Bossku” dan gagal mengetengahkan isu baharu kepada rakyat.

Malah, katanya, pengaruh Najib di Johor masih tidak boleh dinafikan.

“Kenapa perlu takut dengan naratif ‘BN menang, Najib keluar’ jika ia hanya persepsi politik? Pilihan raya sepatutnya mengenai dasar dan masa depan, bukannya ketakutan terhadap individu tertentu,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa soal keadilan tidak seharusnya menunggu musim pilihan raya kerana ia melibatkan prinsip serta proses undang-undang, bukannya sentimen politik.

Sehubungan itu, Mohd Nazifuddin menggesa rakyat supaya menilai isu yang dimainkan itu berdasarkan fakta dan bukannya potongan kenyataan atau persepsi yang dipilih mengikut kepentingan politik. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Nazif Razak

Tags: Barisan NasionalBNDatuk Mohd Nazifuddin NajibDatuk Seri Najib Tun RazakKemenanganpakatan harapanpembebasanPHpilihan raya negeriPRN Johor
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Memudaratkan Negara, Telan Berbilion Wang – Pemuda PH

Najib Memudaratkan Negara, Telan Berbilion Wang – Pemuda PH

05/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Ketua Pemuda Sosialis DAP (DAPSY), Woo Kah Leong mendakwa MCA tidak seperti DAP yang lantang menyuarakan banyak...

Tak Salah Lontar Semula Isu Najib, Rakyat Tolak Najib 2018  – Sheikh Umar

Tak Salah Lontar Semula Isu Najib, Rakyat Tolak Najib 2018 – Sheikh Umar

04/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali mempertahankan Pakatan Harapan (PH) membangkitkan semula isu Najib dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd