JOHOR BAHRU – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menyeru seluruh rakyat Johor untuk keluar mengundi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.
Beliau menerusi satu hantaran di media sosial memohon Bangsa Johor memberi sokongan serta kepercayaan kepada calon-calon yang mewakili BN.
“Saya yakin calon-calon BN yang diketengahkan mampu memikul amanah rakyat dengan baik serta membawa suara masyarakat di kawasan masing-masing
“Semoga Allah SWT mengurniakan kekuatan, kesabaran dan kemenangan kepada BN. Insya-Allah. Allah Peliharakan Sultan. Allah Berkati Johor. Kepada Allah Kita Berserah” katanya.
Terdahulu, Onn Hafiz berkata, beliau dengan rendah hati menyeru rakyat Johor turut memberi kemenangan kepada calon BN di DUN Penggaram, Senggarang, Rengit, Pemanis, Kemelah, Buloh Kasap dan Jementah.
DUN Penggaram diwakili oleh Boo Chin Liong, Senggarang (Mohd Yusla Ismail), Rengit (Zaidi Japar, Pemanis (Anuar Abd Manap), Kemelah (Raven Kumar), Buloh Kasap (Datuk Zahari Sarip, Jementah (See Ann Giap) – MYNEWSHUB
Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Onn Hafiz Ghazi


