• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

RCI Tabung Haji Tidak Didedah Selama 3 Tahun Elak Rakyat Hilang Keyakinan – PMX Anwar

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
RCI Tabung Haji Tidak Didedah Selama 3 Tahun Elak Rakyat Hilang Keyakinan – PMX Anwar
Share on FacebookShare on Twitter

PORT DICKSON – Kerajaan tidak mendedahkan laporan Suruhanjaya Diraja (RCI) mengenai Lembaga Tabung Haji (TH) selepas ia siap tiga tahun lalu bagi mengelak rakyat hilang keyakinan terhadap institusi itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau tidak mahu pendeposit mengeluarkan wang mereka yang boleh menyebabkan kerugian kepada TH.

“Orang kritik saya, mengapa tidak terbitkan laporan itu? Saya kata, pada masa itu, tiga tahun lalu tak mampu kita terbitkan.

“Jika kita terbitkan, rakyat hilang keyakinan pada TH, mereka tarik dana, TH sebagai badan akan lingkup,” katanya ketika berucap pada Program Semarak Kenegaraan di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA) hari ini.

Anwar berkata, TH yang sebelum ini mencatat kerugian lebih RM10 bilion namun kini berada di bawah pengurusan cemerlang baharu.

Semalam beliau memaklumkan, laporan RCI TH akan didedahkan kepada umum selewat-lewatnya Rabu ini, selepas dirujuk kepada Jemaah Menteri.

Perdana Menteri ketika berkempen di Negeri Sembilan mendakwa Tabung Haji seperti 1MDB turut berhadapan perbuatan sakau. – MYNEWSHUB

 

 

Tags: Datuk Seri Anwar IbrahimdedahlaporanPerdana MenteriRCISakauTabung HajiTH
Share202Tweet127SendShare

Related Posts

TPM Zahid Dedah Terdapat KSU Arah Batal Projek Pembangunan Luar Bandar

TPM Zahid Dedah Terdapat KSU Arah Batal Projek Pembangunan Luar Bandar

26/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan terdapat projek pembangunan luar bandar bagi tahun...

Pemuda MCA Minta Kerajaan Dedah Proses Pemilihan Rakan Pelaksana Pembangunan Aplikasi TuJu

Pemuda MCA Minta Kerajaan Dedah Proses Pemilihan Rakan Pelaksana Pembangunan Aplikasi TuJu

23/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemuda MCA mempersoalkan konsistensi dasar kerajaan berhubung penggunaan aplikasi navigasi Waze susulan keputusan melarang penggunaannya bagi urusan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd