KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan hadir di Johor sekali lagi esok sempena kempen Pilihan Raya Negeri (PRN)
Menerusi satu hantaran di media sosial, Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) memaklumkan kehadiran beliau bagi memberi dukungan buat calon PH.
“Esok sekali lagi saya akan berada di Johor bagi memberikan dukungan buat calon-calon serta jentera Harapan,” katanya.
Dalam hantaran berasingan, Perdana Menteri menyeru rakyat Johor pulang supaya mengundi pada 11 Julai ini menerusi pantun empat kerat.
“Laksa Johor tiada tandingan, Warisan nenda dikenang selalu, Ayuhlah pulang membawa harapan, Makmurlah negeri bertambah maju,” katanya. – MYNEWSHUB
Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Anwar Ibrahim


