• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, September 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PMX Anwar Syukur Kehadiran Luar Biasa di Kuala Pilah, Petanda Kebangkitan PH

oleh Mynewshub
15/07/2026
dalam Utama & Sensasi
0
PMX Anwar Syukur Kehadiran Luar Biasa di Kuala Pilah, Petanda Kebangkitan PH
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA PILAH – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kehadiran orang ramai pada Majlis Pengumuman Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan di sini malam tadi sebagai petanda awal kebangkitan gabungan itu.

Menurut Anwar, beliau bersyukur melihat orang ramai memenuhi segenap ruang di Dataran Melang sehingga menganggap sambutan yang diterima sebagai sesuatu yang luar biasa.

“Alhamdulillah. Pada hemat saya, pelancaran jentera PH Negeri Sembilan ini luar biasa. Kiri sampai ke hujung, belakang dan kanan sampai ke hujung.

“Ini petanda awal kebangkitan negeri ini. Alhamdulillah, saya rasa ini perkembangan baharu yang amat menggalakkan,” katanya.

Anwar yang juga Pengerusi PH berkata, beliau turut menerima banyak pandangan daripada pelbagai pihak yang meminta beliau tidak bimbang menghadapi PRN Negeri Sembilan.

“Ramai yang mengatakan, ‘Datuk Seri, jangan bimbang, ini Negeri Sembilan.’ Terima kasih kerana membantu menyejukkan hati.

“Memang betul, perkembangan di Johor itu di luar jangkaan. Tetapi kita terima, itu keputusan yang dibuat oleh rakyat dengan pelbagai isu yang terkait di negeri itu.

“Namun di Negeri Sembilan, rakan-rakan boleh bantu rakyat negeri ini. Kita akan pastikan peta politik Malaysia terus memberikan kekuatan kepada suara rakyat, suara keramat di Negeri Sembilan,” katanya. – MYNEWSHUB

 

Tags: Datuk Seri Anwar IbrahimkebangkitankehadiranKuala PilahOrang ramaipakatan harapanPengerusi PHPengumuman CalonPerdana MenteriPetanda Awal.PRN Negeri Sembilan
Share201Tweet126SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

02/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Sekadar menasihatkan pemandu supaya lebih berhati-hati di jalan raya tidak mencukupi untuk menangani isu kemalangan dan kehilangan...

Jiwa Merdeka Ialah Jiwa Yang Menolak Kebencian – Anwar

Jiwa Merdeka Ialah Jiwa Yang Menolak Kebencian – Anwar

31/08/2026
0

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat Malaysia menghayati erti kemerdekaan dengan menolak kebencian dan perpecahan, sebaliknya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd