• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, September 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PMX Anwar Petik Surah Al-Ma’idah, Mohon Rakyat Negeri Sembilan Beri Mandat Kukuh Kepada PH

oleh Mynewshub
18/07/2026
dalam Utama & Sensasi
0
PMX Anwar Petik Surah Al-Ma’idah, Mohon Rakyat Negeri Sembilan Beri Mandat Kukuh Kepada PH
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memetik ayat daripada Surah al-Ma’idah dalam seruannya kepada rakyat Negeri Sembilan agar memberikan mandat yang lebih kukuh kepada Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN), demi meneruskan pentadbiran yang beliau dakwa bersih, stabil dan berintegriti.

Menerusi satu hantaran di media sosial, Anwar berkata, beliau dengan penuh rendah diri memohon pertimbangan serta kepercayaan rakyat untuk terus menyokong PH di bawah kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Menurut beliau, sejak tahun 2018 pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh kerajaan negeri, namun masih banyak agenda yang perlu diteruskan bagi memastikan kesejahteraan dapat dinikmati oleh seluruh rakyat Negeri Sembilan.

Beliau turut mendoakan agar semua calon PH diberikan kekuatan, dipermudahkan segala urusan dan dikurniakan kejayaan sepanjang kempen PRN.

Mengakhiri hantarannya, Anwar mengajak rakyat berpegang kepada firman Allah SWT dalam Surah al-Ma’idah ayat 2 yang menyeru supaya saling membantu dalam melakukan kebajikan dan ketakwaan, serta tidak bekerjasama dalam perkara yang membawa kepada dosa dan permusuhan. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Anwar Ibrahim

 

Tags: Ayat Al-QuranCalonDatuk Seri Anwar Ibrahimmohonpakatan harapanPerdana MenteriPetikPHpilihan raya negeriPMXPRN Negeri SembilansokonganSurah al-Ma'idah
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

02/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Sekadar menasihatkan pemandu supaya lebih berhati-hati di jalan raya tidak mencukupi untuk menangani isu kemalangan dan kehilangan...

Jiwa Merdeka Ialah Jiwa Yang Menolak Kebencian – Anwar

Jiwa Merdeka Ialah Jiwa Yang Menolak Kebencian – Anwar

31/08/2026
0

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat Malaysia menghayati erti kemerdekaan dengan menolak kebencian dan perpecahan, sebaliknya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd