• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, August 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PKR Pahang Kesal PMX Anwar Kena ‘Boo’ – “Segelintir Warga FELDA Perangai Haram Jadah”

oleh Mynewshub
08/07/2026
dalam Utama & Sensasi
0
PKR Pahang Kesal PMX Anwar Kena ‘Boo’ – “Segelintir Warga FELDA Perangai Haram Jadah”
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – “Saya marah dengan layanan yang diterima oleh PMX semalam. Tak nak sokong tak apa, tapi jangan balas kebaikan orang dengan bersikap kurang ajar”

Demikian luahan Timbalan Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pahang, Norman Daud berhubung insiden Perdana Menteri ‘di boo’ ketika berucap pada Sambutan Hari Peneroka dan 70 Tahun FELDA semalam.

Beliau menerusi satu hantaran di media sosial mendakwa banyak bantuan Datuk Seri Anwar Ibrahim luluskan untuk peneroka, tetapi malangnya ada segelintir warga FELDA yang berperangai haram jadah.

“Begitu banyak bantuan PMX luluskan walaupun ada segelintir warga Felda yang perangai haram jadah ini.

“Orang berbudi kita berbahasa.. itu pepatah Melayu. Orang datang bawa bunga tapi segelintir mereka balas dengan… Malas nak tulis perkataan tu pagi pagi ni.

“Saya tahu tak semua warga FELDA begitu.. tapi ada segelintir yang jenis pentaksub parti ini yang payah. Berpolitik tak mengira tempat,” dakwanya.

Terdahulu, Norman mendakwa, insiden ucapan Perdana Menteri kena ‘boo’ ketika Sambutan Hari Peneroka dan 70 Tahun FELDA bukan sesuatu yang pelik kerana FELDA merupakan kubu kuat Barisan Nasional (BN)

Beliau namun kesal kerana Anwar yang didakwa hadir dengan niat baik bagi membawa berita gembira kepada peneroka FELDA menerima balasan yang tidak sepatutnya.

Beliau turut mendakwa Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail tidak mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri pada sambutan tersebut.

Beliau mengingatkan semua pihak di negeri itu bahawa kerajaan Pahang ditubuhkan dengan sokongan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Harapan (PH)

“Tak mengapalah pasal tu, saya rasa PMX pun tak harapkan ucapan terima kasih. FELDA ini mula bermasalah apabila Datuk Seri Najib Tun Razak tubuhkan FGV, itu realiti,” dakwanya lagi. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Norman Daud

Tags: Datuk Seri Anwar Ibrahimharam jadahJengkaKena booNorman DaudpenerokaperangaiPerdana MenteriSambutan Hari Peneroka dan 70 Tahun FELDATimbalan Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) PahangWarga felda
Share342Tweet214SendShare

Related Posts

UMNO Jangan Ulangi Kesilapan Sokong Muhyiddin, Ismail Sabri, Anwar Jadi PM

UMNO Jangan Ulangi Kesilapan Sokong Muhyiddin, Ismail Sabri, Anwar Jadi PM

24/08/2026
0

SHAH ALAM - Akar umbi UMNO perlu terus bersuara bagi memastikan pandangan mereka didengari kepimpinan parti, kata Ahli Jawatankuasa Pemuda...

PMX Anwar Terima Panggilan Telefon Sheikh Al-Azhar Al-Sharif

PMX Anwar Terima Panggilan Telefon Sheikh Al-Azhar Al-Sharif

22/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima panggilan telefon daripada Sheikh al-Azhar al-Sharif, Prof. Dr. Ahmad al-Tayyeb...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd