• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, September 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Persefahaman BN-PN Dalam PRN Negeri Sembilan Untuk Elak Pecah Undi – MCA

oleh Mynewshub
18/07/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Persefahaman BN-PN Dalam PRN Negeri Sembilan Untuk Elak Pecah Undi – MCA
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – MCA memahami Barisan Nasional (BN) mengambil pendekatan persefahaman kawasan pilihan raya dengan Perikatan Nasional (PN) bagi mengelak pertembungan banyak penjuru yang boleh menyebabkan perpecahan undi.

Presidennya, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, matlamat persefahaman itu adalah untuk membentuk sebuah kerajaan yang stabil, kukuh dan berkaliber bagi memastikan pembangunan berterusan di Negeri Sembilan.

“Persefahaman tidak bermaksud penggabungan; sebaliknya setiap parti tetap mengekalkan ideologi, pendirian, serta peranan semak dan imbang masing-masing.

“Persefahaman ini berlandaskan kepentingan rakyat, bukannya sokongan tanpa syarat. MCA akan menentang mana-mana dasar yang menjejaskan hak dan kepentingan rakyat majmuk di Malaysia.

“MCA berpegang teguh kepada prinsip, berani menjalankan peranan semak dan imbang, menyelesaikan masalah rakyat, menghormati kepelbagaian, menunaikan janji dan bersedia menerima pandangan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, Ka Siong berkata, DAP sekian lama meraih sokongan melalui politik melabel dan berunsur konfrontasi menjadi pendorong utama kepada sentimen masyarakat dan perpecahan politik yang semakin meruncing.

Kata beliau, perpecahan politik akan membuka ruang ekstrem yang lebih besar dan BN satu-satunya parti yang mampu menyatukan kuasa pertengahan, mempertahankan masyarakat majmuk dan membina sebuah kerajaan yang stabil.

“Persefahaman strategik demi kestabilan; berpegang teguh pada prinsip demi rakyat. Jangan biarkan kekacauan politik terusan membuka ruang ekstrem yang lebih besar; pilih kestabilan BN, pertahankan kemajmukan Negeri Sembilan,” katanya. – MYNEWSHUB

Tags: BNDatuk Seri Wee Ka SiongElakkerjasama strategikPecah UndipersefahamanPNPresiden MCAPRN Negeri Sembilan
Share199Tweet125SendShare

Related Posts

UMNO Mahu PRU16 Dibuat Awal

UMNO Mahu PRU16 Dibuat Awal

03/09/2026
0

SHAH ALAM - UMNO dan Barisan Nasional (BN) berpendirian lebih baik Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) diadakan lebih awal sebelum...

Hubungan BN-PH Secara ‘Paksa Rela’ Sepatutnya Sudah Berakhir

Hubungan BN-PH Secara ‘Paksa Rela’ Sepatutnya Sudah Berakhir

28/08/2026
0

HUBUNGAN Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) yang kelihatan seperti sebuah kerjasama politik secara ‘paksa rela’ sepatutnya sudah sampai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd