• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, October 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemuda MCA Umum Gerak Seluruh Kekuatan Jentera Bantu Calon BN

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Pemuda MCA Umum Gerak Seluruh Kekuatan Jentera Bantu Calon BN
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Pemuda MCA Kebangsaan memberi jaminan akan menggerakkan seluruh kekuatan jenteranya membantu calon Barisan Nasional (BN) sepanjang tempoh kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.

Ketuanya, Ling Tian Soon berkata, fokus utama Pemuda MCA adalah memastikan kemenangan BN demi kepentingan rakyat walau terdapat pelbagai pandangan berhubung kerjasama strategik yang dijalinkan dalam menghadapi pilihan raya tersebut.

“Apa jua pendekatan yang diambil mestilah berlandaskan matlamat untuk membentuk sebuah kerajaan yang mampu menjamin kestabilan politik, memacu pertumbuhan ekonomi serta menjaga kebajikan semua lapisan masyarakat.

“Suara dan kepentingan rakyat Negeri Sembilan hendaklah sentiasa menjadi keutamaan. Pemuda MCA akan terus memainkan peranan sebagai barisan hadapan parti,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tian Soon berkata, dalam masa yang sama Pemuda MCA akan terus berpegang teguh kepada prinsip demokrasi, kesederhanaan, keterbukaan dan keharmonian masyarakat majmuk yang menjadi asas kepada perjuangan parti sejak sekian lama.

Justeru, beliau menyeru seluruh anggota MCA di semua peringkat agar sekali lagi menggembleng tenaga, mengetepikan segala perbezaan dan turun membantu calon BN di Negeri Sembilan.

“Kemenangan tidak akan datang dengan sendiri, tetapi melalui kesatuan, disiplin, kerja keras dan semangat juang yang tidak pernah luntur.

“Marilah kita membawa momentum kemenangan Johor ke Negeri Sembilan dan bersama-sama memastikan BN terus melakar kejayaan demi kestabilan politik, kemakmuran ekonomi serta masa depan rakyat dan negara,” katanya. – MYNEWSHUB

Tags: bantuanCalon BNjenteraKemenanganKetua Pemuda MCALing Tian SoonPRN Negeri Sembilansokongan
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

JDT Terus Dominan, Kemenangan Besar Demi Kemenangan

JDT Terus Dominan, Kemenangan Besar Demi Kemenangan

21/09/2026
0

JOHOR Darul Ta’zim (JDT) bukan sekadar menang sejak sepak mula Liga Malaysia musim 2026/2027, malah sebahagian besar kemenangan dicatat dengan...

FB Najib Razak Ucap Terima Kasih Atas Sokongan Dan Solidariti Rakyat

FB Najib Razak Ucap Terima Kasih Atas Sokongan Dan Solidariti Rakyat

18/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Facebook rasmi Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd