• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemimpin MCA Terengganu Tegur Yee Fung – “Situasi di Negeri Sembilan Berbeza”

oleh Mynewshub
17/07/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Pemimpin MCA Terengganu Tegur Yee Fung – “Situasi di Negeri Sembilan Berbeza”
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penasihat MCA Terengganu, Chew Sir Boon, meminta Setiausaha Agung Pemuda MCA, Saw Yee Fung, supaya tidak mengambil pendirian terburu-buru berhubung kerjasama Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.

Beliau yang jelas tidak bersetuju dengan pandangan Yee Fung berkata, situasi di Negeri Sembilan adalah berbeza dan jika ada pemimpin atau parti lain yang ingin memberikan sokongan kepada BN, ia perlu dialu-alukan.

“Situasi di Negeri Sembilan adalah berbeza. Apa pun komen dan pandangan yang diberikan, janganlah kita membuat keputusan secara terburu-buru. Jangan kerana setitik darah, tercemar kain yang putih.

“Berilah peluang kepada BN untuk bertanding dan mendapatkan mandat daripada rakyat dengan jumlah kerusi yang mencukupi bagi membentuk kerajaan,” katanya menerusi satu hantaran di media sosial.

Yee Fung hari ini mempersoalkan persefahaman antara UMNO dan PAS menjelang PRN Negeri Sembilan, sambil menyifatkan perkara itu bercanggah dengan pendirian yang selama ini dibawa Barisan Nasional (BN).

Menerusi satu hantaran di Facebook, beliau berkata, baru seminggu lalu ketika berkempen di Johor, beliau berulang kali memberi jaminan kepada pengundi bahawa BN tidak bekerjasama dengan PAS.

Sir Boon seterusnya berkata, BN yang dianggotai UMNO, MCA dan MIC memerlukan sokongan serta undian daripada semua lapisan masyarakat. Justeru, semua pihak perlu bersatu, saling membantu dan bergerak bersama demi masa depan yang lebih baik.

“Jika ada pemimpin atau parti lain yang ingin memberikan sokongan kepada kita di Barisan Nasional, kita alu-alukan. Yang penting, kita teruskan perjuangan bersama gelombang biru,” katanya.

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Chew Sir Boon.

 

Tags: Barisan NasionalBNChew Sir BoonKenyataan terburu-buruKerjasama UMNOPengerusi MCA Terengganuperikatan nasionalPNPRN Negeri SembilanSaw Yee FungSetiausaha Agung Pemuda MCASituasi Berbeza
Share203Tweet127SendShare

Related Posts

Hubungan BN-PH Secara ‘Paksa Rela’ Sepatutnya Sudah Berakhir

Hubungan BN-PH Secara ‘Paksa Rela’ Sepatutnya Sudah Berakhir

28/08/2026
0

HUBUNGAN Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) yang kelihatan seperti sebuah kerjasama politik secara ‘paksa rela’ sepatutnya sudah sampai...

Pengerusi BN Zahid Kunjungi Keluarga Azeez Rahim

Pengerusi BN Zahid Kunjungi Keluarga Azeez Rahim

28/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Barisan Nasional (BN) yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengunjungi keluarga bekas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd