• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, September 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS Seru Negeri Sembilan Hanya Undi BN dan PN

oleh Mynewshub
19/07/2026
dalam Utama & Sensasi
0
PAS Seru Negeri Sembilan Hanya Undi BN dan PN
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Ahmad Fadhli Shaari menyeru pengundi di Negeri Sembilan supaya tidak leka untuk menunaikan tanggungjawab pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 1 Ogos ini.

Beliau turut menyeru rakyat Negeri Sembilan hanya memberi sokongan kepada calon Barisan Nasional (BN) dan Nasional (PN) bagi memastikan perubahan pentadbiran negeri dapat dilakukan.

“Pengundi-pengundi Negeri Sembilan jangan leka untuk mengundi. Ubah teraju pentadbiran negeri daripada Pakatan Harapan (PH). Undi PN di tempat PN bertanding, undi BN di tempat BN bertanding,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Seruan itu dibuat susulan persefahaman politik antara BN dan PN bagi menghadapi PRN Negeri Sembilan yang menyaksikan kedua-dua gabungan tidak meletakkan calon di kawasan sama.

Berdasarkan persefahaman tersebut, BN akan bertanding di 25 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan, manakala PN akan bertanding di 11 kerusi.

Kerjasama berkenaan dilihat sebagai usaha untuk mengelakkan pertembungan sesama penyokong BN dan PN yang berpotensi menyebabkan undi berpecah, sekali gus memberi kelebihan kepada PH.

Bagaimanapun, persefahaman antara BN dan PN itu tidak dipersetujui Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang memilih untuk bertanding dengan menggunakan logo sendiri. – MYNEWSHUB

Tags: BNCalonDatuk Ahmad Fadhli ShaariKetua Penerangan PAS PusatPNPRN Negeri SembilanUndi
Share199Tweet125SendShare

Related Posts

UMNO Mahu PRU16 Dibuat Awal

UMNO Mahu PRU16 Dibuat Awal

03/09/2026
0

SHAH ALAM - UMNO dan Barisan Nasional (BN) berpendirian lebih baik Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) diadakan lebih awal sebelum...

Hubungan BN-PH Secara ‘Paksa Rela’ Sepatutnya Sudah Berakhir

Hubungan BN-PH Secara ‘Paksa Rela’ Sepatutnya Sudah Berakhir

28/08/2026
0

HUBUNGAN Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) yang kelihatan seperti sebuah kerjasama politik secara ‘paksa rela’ sepatutnya sudah sampai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd