SHAH ALAM – Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Nga Kor Ming yang terlebih dahulu memainkan naratif kemenangan besar Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan membawa kepada pembebasan Datuk Seri Najib Tun Razak.
Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Shah Alam, Azrul Abu Hasan berkata, anak Najib, Datuk Mohd Nazifuddin hanya menyentuh mengenai harapan rakyat untuk pembebasan bapanya beberapa hari selepas kenyataan Kor Ming.
“Untuk PRN Johor yang mula-mula bawa naratif ini adalah Kor Ming sepertimana yang disebut dalam temubual ekslusif bersama Oriental Daily iaitu seawal 24 Jun 2026.
“Nazif pula hanya bercakap tentang pembebasan ayahandanya pada 2 Julai 2026. Nah, bukti dah tersergam indah. Nak nafi apa lagi wahai ceplos dan walanon serta walanontit,” katanya dalam satu hantaran di media sosial.
Dalam pada itu, Azrul berkata, kenyataan Kor Ming untuk melepaskan jawatan jika BN menang besar dan Najib dibebaskan turut dibidas oleh Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan. – MYNEWSHUB
Sumber info/foto: Akaun media sosial Azrul Abu Hasan


