• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, October 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nga Kor Ming Enggan Letak Jawatan – “Kami Tidak Menang Kali Ini, Esok Masih Ada”

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Nga Kor Ming Enggan Letak Jawatan – “Kami Tidak Menang Kali Ini, Esok Masih Ada”
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming enggan melayan desakan supaya beliau meletak jawatan.

Pemimpin DAP itu berkata, apa yang beliau katakan bersedia meletak jawatan sebelum ini sekiranya Datuk Seri Najib Tun Razak dibebaskan.

“Yang saya nyatakan semasa wawancara tersebut merupakan pendirian saya sebagai seorang peguamcara dan peguambela Mahkamah Tinggi Malaya yang konsisten sepanjang masa iaitu kewibawaan sistem kehakiman negara perlu dipertahankan.

“Jika Najib yang mengakibatkan rakyat Malaysia kini terpaksa menanggung hutang 1MDB sebanyak RM51.4 billion boleh dilepaskan tanpa menjalankan hukuman yang setimpal dengan kesalahan walaupun sudah didapati bersalah, ia bermakna kewibawaan sistem kehakiman negara ini telah digadai dan prinsip kedaulatan undang-undang sepertimana yang termaktub dalam Rukun Negara juga tidak lagi dihormati.

“Sekiranya keadaan sedemikian berlaku, demi mempertahankan integriti sistem kehakiman negara kita yang tercinta, saya sudi letak jawatan sebagai anggota jemaah Menteri,” katanya dalam satu kenyataan.

Kor Ming berkata, perkara itu tidak ada kaitan dengan soal peribadi, sebaliknya ia merupakan satu soal prinsip utama dan beliau kekal berpegang teguh dengan prinsip itu.

“Berani kerana benar,” katanya.

Terdahulu, Kor Ming berkata, beliau merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pengundi yang menyokong Pakatan Harapann (PH) dan petugas serta sukarelawan yang bertungkus lumus untuk memenangkan PH.

“Walaupun kami tidak menang kali ini, esok masih ada. PH tetap komited dan cakna untuk terus bekerja kuat dan berbakti kepada rakyat dan negara,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Nga Kor Ming

Tags: Datuk Seri Najib Tun RazakEngganletak jawatanMenteri Perumahan dan Kerajaan TempatanNga Kor Ming
Share204Tweet128SendShare

Related Posts

1,252 Doktor Berjawatan Tetap Letak Jawatan Sejak 2024

1,252 Doktor Berjawatan Tetap Letak Jawatan Sejak 2024

24/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menggesa kerajaan melaksanakan strategi pengekalan doktor yang komprehensif susulan peletakan jawatan 3,510 pegawai...

Pemuda BN Desak Anthony Loke Letak Jawatan, Dakwa Skandal MyEG Zetrix AI Ancam Data Peribadi Rakyat

Pemuda BN Desak Anthony Loke Letak Jawatan, Dakwa Skandal MyEG Zetrix AI Ancam Data Peribadi Rakyat

06/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemuda Barisan Nasional (BN) mendesak Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook meletakkan jawatan susulan isu tunggakan RM314...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd