• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 6, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib 1MDB Dominasi Kempen PH, BN Angkat Prestasi Kerajaan Johor

oleh Mynewshub
05/07/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Najib 1MDB Dominasi Kempen PH, BN Angkat Prestasi Kerajaan Johor
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Memasuki beberapa hari kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, beberapa isu utama mula mendominasi ceramah dan kenyataan pemimpin parti bertanding dengan setiap parti dilihat membawa naratif tersendiri bagi memikat hati pengundi.

Bagi DAP, antara isu yang kerap diketengahkan adalah pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC), kepentingan masyarakat Cina, dakwaan ancaman Muafakat Nasional serta membangkitkan semula isu Datuk Seri Najib Razak dan 1MDB.

Parti Keadilan Rakyat (PKR) pula dilihat memberi penekanan kepada naratif rasuah, mengkritik pentadbiran Menteri Besar Johor, mengangkat konsep kesamarataan, sumbangan Kerajaan Madani selain membangkitkan isu Najib dan 1MDB.

Sementara itu, Parti Amanah Negara (Amanah) dilihat lebih banyak menjadikan PAS sebagai sasaran kritikan dengan mengetengahkan naratif berhubung dakwaan ketidakjujuran dan kegagalan perjuangan parti itu.

Berbeza dengan parti lain, kempen Barisan Nasional (BN) pula lebih tersusun dengan setiap parti komponen menumpukan kepada prestasi pentadbiran kerajaan negeri di bawah pimpinan Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

BN turut mengetengahkan rekod pencapaian kerajaan negeri, pelaksanaan pelbagai inisiatif untuk rakyat serta sumbangan dan jasa parti itu dalam pembangunan Johor.

Manakala Perikatan Nasional (PN) yang terpecah antara PAS dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dilihat masih kurang jelas tentang agenda yang diketengahkan untuk rakyat Johor pada PRN kali ini.

Secara umumnya, pemerhatian sepanjang beberapa hari kempen PRN Johor mendapati setiap parti memilih pendekatan khusus untuk menarik sokongan pengundi.

Ada yang memberi penekanan kepada isu-isu nasional dan polemik politik, manakala ada yang lebih menonjolkan rekod pentadbiran serta pencapaian kerajaan negeri.

Perbezaan strategi itu dijangka terus mewarnai baki tempoh berkempen apabila setiap parti berusaha meyakinkan pengundi bahawa merekalah pilihan terbaik untuk menerajui Johor bagi penggal akan datang. – MYNEWSHUB

 

Tags: 1MDBBarisan NasionalBNdominasiisukempennajibNaratifpakatan harapanperikatan nasionalPHpilihan raya negeriPNPRN Johor
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

05/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi memohon kepada anggota tentera, polis dan seluruh warga pasukan keselamatan...

ADUN Jengka Persoal Kenyataan PMX: “Ini Kempen Atau Ugutan?”

ADUN Jengka Persoal Kenyataan PMX: “Ini Kempen Atau Ugutan?”

05/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jengka mempersoalkan kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa beliau akan tetap menjadi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd