• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, September 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lokman Adam Akui Tersilap, Jangka 70% Pengundi Cina Johor Sokong PH

oleh Mynewshub
16/07/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Lokman Adam Akui Tersilap, Jangka 70% Pengundi Cina Johor Sokong PH
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Lokman Noor Adam mengakui beliau tersilap berhubung Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor baru-baru ini.

Menurutya, beliau ketika itu mencadangkan Barisan Nasional (BN) mengadakan kerjasama kerana menjangkakan majoriti pengundi bukan Melayu menyokong Pakatan Harapan (PH)

Bagaimanapun, katanya, keputusan PRN Johor pada 11 Julai lalu sangat luar biasa dan menyaksikan kurang separuh pengundi Cina dan India yang menyokong PH.

“Saya akui saya silap tentang undi Cina yang mampu beralih dengan sangat ketara sekali. Saya memang tak sangka langsung.

“Saya punya pemikiran walau orang marah dengan PH macam mana pun, 50 peratus pengundi Cina, India tetap bersama mereka. Lagi 50 peratus ada yang tak berpuas hati yang akan boikot mungkin 20 peratus.

“Lagi 20 peratus lain mungkin tahu kalau misalannya mereka tak keluar mengundi PH akan kalah, orang lain mentadbir mereka pun tak nak, jadi saya ingat 70 peratus bersama PH.

“Tapi nampak gaya yang bersama PH lebih sikit daripada separuh. Memang jauh daripada sangkaan saya,” katanya menerusi satu podcast di muat naik di media sosial semalam.

Lokman berkata, beliau bimbang dalam keadaan pengundi bukan Melayu begitu tinggi, iaitu 46 peratus di Johor, manakala pengundi Melayu cuma sekitar 54 peratus, maka berbahaya kepada BN kalau bertanding solo.

“Itu sebab saya cadangkan supaya diadakan kerjasama. Cuma, kerjasama itu hampir berlaku secara formal, tetapi tidak menjadi.

“Tapi ini bagi saya ini terpakai di Johor. Johor memang luar biasa mungkin dari segi prestasi kerajaan negeri dan sebagainya,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Rakaman Video: Akaun Media Sosial Lokman Noor Adam Official

Tags: Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNOBarisan NasionalBNDatuk Lokman Noor Adamkerjasamapakatan harapanpengundi cinaPHPRN JohorsokongTersilap
Share203Tweet127SendShare

Related Posts

UMNO Mahu PRU16 Dibuat Awal

UMNO Mahu PRU16 Dibuat Awal

03/09/2026
0

SHAH ALAM - UMNO dan Barisan Nasional (BN) berpendirian lebih baik Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) diadakan lebih awal sebelum...

Hubungan BN-PH Secara ‘Paksa Rela’ Sepatutnya Sudah Berakhir

Hubungan BN-PH Secara ‘Paksa Rela’ Sepatutnya Sudah Berakhir

28/08/2026
0

HUBUNGAN Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) yang kelihatan seperti sebuah kerjasama politik secara ‘paksa rela’ sepatutnya sudah sampai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd