JOHOR BAHRU – “Lebih selamat, lebih baik, lebih berintegriti berkawan dengan DAP daripada parti Cina mereka”
Demikian penegasan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kerjasama beliau dengan parti DAP.
Terdahulu, Anwar membidas pihak yang mendakwa beliau ‘menyerah’ pada orang Cina hanya kerana beliau berkawan dengan DAP.
“Negara ini boleh hebat. Syaratnya hentikan perkauman.. sikap pelampau kaum. Kamu nak tuduh aku ini alat cina? Beritahu apa saya buat?
“Beri pendidikan untuk orang Cina? Beri SARA (Sumbangan Asas Rahmah) pada orang Cina? Apa? Beritahu apa yang saya menyerah pada orang Cina?,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berkempen sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor malam tadi. – MYNEWSHUB


