• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kenyataan Saw Yee Fung Jelas Tidak Mewakili Pemuda MCA

oleh Mynewshub
18/07/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Kenyataan Saw Yee Fung Jelas Tidak Mewakili Pemuda MCA
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Kenyataan Setiausaha Agung Pemuda MCA, Saw Yee Fung mengkritik kerjasama Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan mengundang pelbagai reaksi.

Namun, jika diperhatikan kepada pendirian pemimpin lain khusunya dalam sayap Pemuda MCA, majoritinya tidak berkongsi pandangan yang sama seperti Yee Fung.

Ketua Pemuda MCA, Ling Tian Soon sendiri memberi jaminan bahawa seluruh jentera Pemuda MCA akan digerakkan bagi membantu calon-calon BN sepanjang tempoh kempen PRN Negeri Sembilan.

Kenyataan itu menunjukkan komitmen beliau terhadap keputusan serta strategi parti.

Pada masa sama, Pengarah Komunikasi Pemuda BN yang juga pemimpin Pemuda MCA, Neow Choo Seong memberikan teguran sinis “kalau tidak mampu menjadi garam, jangan pula menjadi langau”

Ia dilihat sebagai seruan supaya semua pihak memainkan peranan memperkukuhkan gabungan.

Penasihat MCA Terengganu, Chew Sir Boon mengingatkan agar tiada pihak membuat keputusan secara terburu-buru berhubung kerjasama BN-PN kerana situasi politik di Negeri Sembilan berbeza dan memerlukan pendekatan tersendiri.

Jika dinilai berdasarkan kenyataan yang dibuat, tiga pemimpin MCA mengambil pendekatan menyokong atau menggesa isu kerjasama itu ditangani secara pragmatik, berbanding hanya seorang yang secara terbuka mengkritiknya.

Pragmatik bermaksud pendekatan yang praktikal, realistik dan berdasarkan keadaan sebenar.

Gambaran ini sekali gus menunjukkan pandangan Yee Fung lebih bersifat pendirian peribadi berbanding mencerminkan suara Pemuda MCA atau parti secara keseluruhannya.

Dalam politik, perbezaan pandangan sememangnya lumrah. Namun, apabila majoriti kepimpinan memilih untuk menyokong keputusan parti dan memberi fokus kepada kemenangan BN, ia memberi isyarat bahawa pendirian rasmi lebih cenderung kepada perpaduan serta disiplin organisasi berbanding perbezaan pendapat individu. – MYNEWSHUB

Tags: BNkerjasamakritikanPandangan PeribadiPNPRN Negeri SembilanSaw Yee FungSetiausaha Agung Pemuda MCA
Share206Tweet129SendShare

Related Posts

Hubungan BN-PH Secara ‘Paksa Rela’ Sepatutnya Sudah Berakhir

Hubungan BN-PH Secara ‘Paksa Rela’ Sepatutnya Sudah Berakhir

28/08/2026
0

HUBUNGAN Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) yang kelihatan seperti sebuah kerjasama politik secara ‘paksa rela’ sepatutnya sudah sampai...

Pengerusi BN Zahid Kunjungi Keluarga Azeez Rahim

Pengerusi BN Zahid Kunjungi Keluarga Azeez Rahim

28/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Barisan Nasional (BN) yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengunjungi keluarga bekas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd