• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, August 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kempen Berbaki Beberapa Hari: Onn Hafiz Rayu Pengundi Beri Mandat Kepada BN

oleh Mynewshub
09/07/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Kempen Berbaki Beberapa Hari: Onn Hafiz Rayu Pengundi Beri Mandat Kepada BN
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi merayu seluruh pengundi Johor agar memberikan mandat dan kepercayaan kepada calon-calon BN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Sabtu ini.

Menurut beliau, hanya berbaki beberapa hari sebelum hari pengundian dan setiap undi amat penting bagi memastikan Johor terus menikmati kestabilan politik serta kesinambungan agenda Maju Johor.

Onn Hafiz berkata, beliau bersama barisan kepimpinan BN terus mempergiatkan jelajah kempen dengan turun padang menyantuni rakyat di sekitar Pontian dan Muar bagi mendengar sendiri pandangan serta harapan masyarakat.

Katanya, sambutan yang diterima di DUN Pekan Nenas, DUN Kukup, Uptown Maharani Muar dan Pasar Malam Sungai Abong amat menggalakkan serta memberi suntikan semangat kepada jentera untuk terus bekerja mendekati rakyat.

Beliau turut memohon sokongan kepada calon-calon BN yang bertanding di Pekan Nenas, Kukup, Bentayan, Simpang Jeram dan Maharani agar diberikan peluang memikul amanah sebagai wakil rakyat.

“Gunakan hak mengundi pada 11 Julai ini dengan sebaik-baiknya dan berikan kepercayaan kepada calon-calon Barisan Nasional,” katanya.

Beliau berkata, mandat daripada rakyat amat penting bagi membolehkan kerajaan negeri terus membina Johor yang stabil, berwibawa dan komited meneruskan agenda pembangunan demi kesejahteraan rakyat serta generasi akan datang. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Onn Hafiz Ghazi

Tags: Calon BNDatuk Onn Hafiz GhaziPengerusi Barisan Nasional (BN) JohorPRN JohorrayuUndi
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Lebih 5,000 Jemaah Sertai Semarak Subuh Perdana Johor

Lebih 5,000 Jemaah Sertai Semarak Subuh Perdana Johor

10/08/2026
0

JOHOR BAHRU – Lebih 5,000 jemaah membanjiri Masjid Sultan Iskandar, Bandar Dato’ Onn bagi menyertai Program Semarak Subuh Perdana 2026,...

Public Health Malaysia Hargai Sumbangan Kerajaan Johor, Onn Hafiz

Public Health Malaysia Hargai Sumbangan Kerajaan Johor, Onn Hafiz

09/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Laman media sosial Public Health Malaysia (PHM) hari ini secara terbuka menyatakan penghargaan terhadap kerajaan Johor di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd