KUALA LUMPUR – Laman Facebook rasmi Najib Razak memuat naik sindiran selepas keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, dengan mengulangi semula pesanan yang pernah dikongsikan sebelum ini.
Hantaran itu memetik persoalan sama ada isu berkaitan status bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mempunyai kaitan secara langsung dengan masa depan Johor.
“Kan hari tu dah pesan,” tulis hantaran tersebut sebelum mengulangi pesanan terdahulu.
Antara persoalan yang dibangkitkan ialah sama ada isu berkenaan mampu membantu merancang ekonomi Johor, menentukan hala tuju negeri, memastikan kerajaan menjalankan tanggungjawab, meningkatkan kesejahteraan Bangsa Johor serta menjamin masa depan negeri untuk tempoh lima tahun akan datang.
“Kalau jawapannya tidak, kenapa itu pula yang PH sembang 24 jam?” menurut hantaran berkenaan yang turut disertakan tanda pagar #PRNJohor2026. – MYNEWSHUB


