• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, October 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Calon Bersama Dakwa Kor Ming Umum Peruntukan Tambahan RM1 juta Sehari Sebelum Penamaan Calon

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Calon Bersama Dakwa Kor Ming Umum Peruntukan Tambahan RM1 juta Sehari Sebelum Penamaan Calon
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Calon parti Bersama, Lau Yi Leong mendakwa Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming mengumumkan peruntukan tambahan RM1 juta bagi menaik taraf pasar pagi Taman Johor Jaya sehari sebelum hari penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Yi Leong mendakwa, Kor Ming yang juga Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP malah memperkenalkan calon Pakatan Harapan (PH) secara terbuka pada hari yang sama termasuk bahan publisiti, nama kerusi DUN serta nombor calon diedarkan.

“Tindakan-tindakan ini menimbulkan persoalan sama ada pembangunan telah ‘dibungkus’ menjadi propaganda kempen pilihan raya.

“Menurut Seksyen 10(a) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, mana-mana orang yang secara langsung atau tidak langsung memberi atau berjanji untuk memberi apa-apa wang atau balasan berharga bagi mendorong pengundi untuk mengundi atau tidak mengundi, boleh terlibat dalam kesalahan rasuah pilihan raya,” katanya dalam satu kenyataan.

Yi Leong seterusnya mendakwa, selepas hari penamaan pada 27 Jun, calon PH yang sama turut memuat naik kandungan berkaitan pengumuman peruntukan tersebut di media sosial dengan disertakan tanda pagar #JohorKeDepan dan #UndiHarapan.

“Saya ingin menegaskan satu perkara dengan jelas. Apa yang saya bantah bukanlah pembangunan, tetapi masa dan cara pengumuman peruntukan itu dibuat,” katanya.

Beliau turut mengingatkan, ramai yang menyokong BERSIH sebelum ini kerana berpegang kepada prinsip pilihan raya yang bersih dan adil.

“Peruntukan awam milik rakyat, bukan
milik mana-mana menteri dan bukan milik mana-mana parti politik. Wang rakyat tidak sepatutnya dijadikan alat propaganda kempen mana-mana calon,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Lau Yi Leong

Tags: Calon parti BersamaLau Yi Leongmenaik tarafMenteri Perumahan dan Kerajaan TempatanNga Kor MingPasar PagiPeruntukan Tambahanpilihan raya negeriPRN JohorRM1 jutasehari sebelum penamaan calonTaman Johor JayaTimbalan Pengerusi Kebangsaan DAPumum
Share204Tweet128SendShare

Related Posts

Mana Hasil Siasatan Jawatankuasa Khas Diumumkan Menteri? – Lau Yi Leong

Mana Hasil Siasatan Jawatankuasa Khas Diumumkan Menteri? – Lau Yi Leong

04/10/2026
0

KUALA LUMPUR – Anggota Parti Bersama Malaysia (Bersama), Lau Yi Leong mempersoalkan hasil siasatan jawatankuasa khas yang diumumkan Kementerian Pendidikan...

Ahli Parlimen Petaling Jaya Umum Letak Jawatan Tanpa Syarat, Kritik Pentadbiran Kerajaan

Ahli Parlimen Petaling Jaya Umum Letak Jawatan Tanpa Syarat, Kritik Pentadbiran Kerajaan

02/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung mengumumkan peletakan jawatannya sebagai wakil rakyat kawasan itu tanpa syarat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd