• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, October 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Budak Johor Kata PH Kuat Cenking?

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Budak Johor Kata PH Kuat Cenking?
Share on FacebookShare on Twitter

TIDAK baik budak-budak Johor tuduh Pakatan Harapan (PH) kuat cenking. PH pernah berjanji tapi tak tunai bukan salah mereka juga.

Mereka parti harapan, nama pun terang-terang Pakatan Harapan. Secara literal bererti sebuah pakatan yang memberi harapan.

Harapan bukan sebuah jaminan. Ia sekadar sesuatu yang diimpikan. Impian dan harapan tidak semestinya menjadi kenyataan.

Jadi kalau harapan tinggal harapan, itu masih menepati nama parti mereka iaitu Pakatan Harapan.

Dulu diberi harapan harga barang akan turun, minyak akan murah, tol percuma dan kehidupan yang lebih selesa.

Sampai hari ini, ramai masih menunggu harapan menjadi realiti bukan salah mereka. Mereka telah pun memberi harapan.

Sebab itu jangan cepat menghukum. Bila janji tak menjadi, mungkin mereka sedang mengumpul lebih banyak harapan.

Lagi banyak harapan, lagi panjang senarai manifesto untuk memberi haparan yang seterusnya.

Jadi budak-budak Johor, janganlah kata PH kuat cenking sangat. Nanti ada pula yang kata itu fitnah.

Anggap sahaja mereka konsisten memberi harapan dan jika penghantarannya tidak kunjung tiba maka teruskan lah berharap.

“Aku berhenti berharap dan menunggu datang gelap. Sampai nanti suatu saat tak ada cinta ku dapat” – BUDAK BP

– Imej Dijana Oleh AI

Tags: Budak JohorjanjiKuat Cenkingpakatan harapanPakatan Yang Memberi HarapanPHPRN Johor
Share202Tweet127SendShare

Related Posts

PMX Anwar Seru Jentera PH Kerja Keras, Lawan Fitnah Dan Hasutan Pada PRN Melaka

PMX Anwar Seru Jentera PH Kerja Keras, Lawan Fitnah Dan Hasutan Pada PRN Melaka

26/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru seluruh calon dan jentera Pakatan Harapan (PH) bekerja keras meraih...

Fadhli Shaari Ingatkan Pemandu Teksi RM1,000 Bukan Duit DAP, PH

Fadhli Shaari Ingatkan Pemandu Teksi RM1,000 Bukan Duit DAP, PH

26/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan PAS Pusat, Ahmad Fadhli Shaari mengingatkan bahawa bantuan RM1,000 kepada pemandu teksi bukan wang milik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd