• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Buang Yang Keruh, Ambil Yang Jernih” – Neow Choo Seong

oleh Mynewshub
17/07/2026
dalam Utama & Sensasi
0
“Buang Yang Keruh, Ambil Yang Jernih” – Neow Choo Seong
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Hantaran Ketua Penerangan Pemuda MCA Kebangsaan, Neow Choo Seong “kalau tak mampu menjadi garam, jangan pula menjadi langau” di media sosial meraih perhatian netizen.

Beliau yang juga Pengarah Komunikasi Pemuda Barisan Nasional (BN) dalam hantaran sama memberi peringatan, jika tidak mampu membantu, sekurang-kurangnya titipkan doa buat rakan yang sedang berjuang.

“Di medan perjuangan, tiada ruang untuk kita saling bercakaran kerana musuh sedang menanti di hadapan. Yang paling penting, jangan sesekali terperangkap dengan permainan dan perangkap lawan,” katanya.

Beliau tidak menjelaskan hantaran itu dituju kepada siapa, tetapi rata-rata netizen percaya ia susulan kenyataan Setiausaha Agung Pemuda MCA, Saw Yee Fung membantah kerjasama BN dan PN dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.

Semalam, Penasihat MCA Terengganu, Chew Sir Boon turut meminta Yee Fung tidak mengambil pendirian terburu-buru berhubung kerjasama BN dan PN bagi menghadapi PRN Negeri Sembilan dengan menyifatkan situasi di negeri itu adalah berbeza.

“Saat ini, yang diperlukan bukanlah celaan atau sindiran, tetapi semangat, sokongan dan doa agar setiap perjuangan dipermudahkan.

“Buang yang keruh, ambillah yang jernih. Semoga kita semua sentiasa menjadi insan yang membawa manfaat, bukan mudarat.

“Walaupun jasad tidak dapat bersama, namun hati, semangat dan doa saya akan sentiasa mengiringi setiap langkah rakan-rakan seperjuangan,” kata Choo Seong lagi. – MYNEWSHUB

Sumber Info: Akaun Media Sosial Neow Choo Seong

 

 

Tags: Buang Yang Keruh Ambil Yang JernihJangan TerperangkapKetua Penerangan Pemuda MCA KebangsaanNeow Choo SeongPermainan LawanSaw Yee FungSetiausaha Agung Pemuda MCA
Share205Tweet128SendShare

Related Posts

DAP ‘Serang’ Pemimpin Melayu-Islam Untuk Menjuarai Sentimen Kaum Tertentu

DAP ‘Serang’ Pemimpin Melayu-Islam Untuk Menjuarai Sentimen Kaum Tertentu

06/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Dakwaan pemimpin DAP konon Barisan Nasional (BN) mengamalkan politik perkauman adalah tidak logik kerana gabungan politik tersebut...

Baguslah Orang Melayu Bersatu, Negara Kembali Aman Makmur – Neow Choo Seong

Baguslah Orang Melayu Bersatu, Negara Kembali Aman Makmur – Neow Choo Seong

29/07/2026
0

SEREMBAN - "Orang Melayu bersatu baguslah. Itu yang DAP takut. MCA tak takut orang Melayu bersatu kerana kita nak negara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd