MUAR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa keputusan Barisan Nasional (BN) Johor mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) kerana mempunyai agenda lebih besar.
Beliau ketika berucap pada ceramah mega Pakatan Harapan (PH) di Serom dekat sini mendakwa agenda besar tersebut adalah untuk BN kembali mengawal dan memerintah negara.
“They want to control back the country. Okay. Tapi kalau control untuk apa? Ada dia cerita, we want to have satu negara yang lebih bersih.
“No corruption. Saya salute. Saya nak lebih bersih daripada Anwar. Saya mahu negara ini tak mahu ada rasuah.
“Kalau much better team (daripada PH) saya salute, silakan. Tapi kalau yang saya kenal (BN), no way! Tak boleh, jahanam ini negeri,” dakwanya.
Terdahulu, Anwar mendakwa BN Johor membubarkan kerajaan negeri kerana beranggapan cukup kuat untuk berkuasa semula.
Dakwa beliau, PH terpaksa menyertai PRN Johor ke-16 bagi memastikan kestabilan politik menerusi kerjasama yang baik antara kerajaan negeri dan Kerajaan Pusat.
Beliau mendakwa menerusi kestabilan usaha dapat ditumpukan bagi mengangkat martabat anak-anak bangsa Johor, memandangkan negeri ini serta Malaysia bukan miskin. – MYNEWSHUB


