• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, September 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Asyraf Wajdi Jawab Walanon – BN Berhak Tentukan Sendiri Bentuk Kerjasama Politik

oleh Mynewshub
20/07/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Asyraf Wajdi Jawab Walanon – BN Berhak Tentukan Sendiri Bentuk Kerjasama Politik
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh Mynewshub 

KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) berhak menentukan sendiri bentuk kerjasama politik yang mahu dibentuk pada peringkat negeri tanpa terikat dengan sentimen atau tekanan mana-mana pihak.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, BN tetap berpegang kepada perjanjian yang dibentuk atas titah Yang di-Pertuan Agong pada 23 November 2022 untuk bekerjasama mendukung Kerajaan Perpaduan sehingga pilihan raya.

Bagaimanapun, beliau menegaskan kerjasama berkenaan tidak bermakna BN kehilangan hak untuk menentukan hala tuju politiknya apabila pilihan raya negeri diadakan.

“Sebagaimana di Johor, apabila Pilihan Raya Negeri Sembilan diadakan, BN berhak menentukan apa jua bentuk kerjasama politik di peringkat negeri,” katanya menerusi satu hantaran di media sosial.

Kenyataan itu dipercayai sebagai jawapan kepada penyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang meluahkan kekecewaan terhadap kemungkinan pemimpin atau parti yang sebelum ini bersama Kerajaan Perpaduan memilih kerjasama politik baharu.

Asyraf Wajdi pada masa sama mengingatkan semua pihak supaya menjalankan kempen secara berhemah dan memberi tumpuan kepada tawaran yang mampu memberi manfaat kepada rakyat.

“Yang penting kempen secara berhemah dan fokus tawaran kepada rakyat,” katanya.

Beliau turut mengingatkan supaya corak kempen yang didakwa berlaku ketika pilihan raya di Johor tidak diulangi, termasuk serangan peribadi serta penyebaran dakwaan dan fitnah untuk mempengaruhi pengundi.

“Jangan ulangi apa yang berlaku di Johor, serangan peribadi dan fitnah kononnya menang besar di Johor, Najib bebas,” katanya.

Perkembangan itu menunjukkan BN mahu mengekalkan kebebasan politiknya dalam menentukan rakan kerjasama pada peringkat negeri, walaupun terus berada dalam Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan. – MYNEWSHUB

Tags: Asyraf WajdiAsyraf Wajdi DusukiExco Pemuda UMNOUMNO
Share201Tweet126SendShare

Related Posts

UMNO Mahu PRU16 Dibuat Awal

UMNO Mahu PRU16 Dibuat Awal

03/09/2026
0

SHAH ALAM - UMNO dan Barisan Nasional (BN) berpendirian lebih baik Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) diadakan lebih awal sebelum...

Kontraktor MARA Wajib Utamakan Bahan Mentah Usahawan Bumiputera

Kontraktor MARA Wajib Utamakan Bahan Mentah Usahawan Bumiputera

18/08/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Semua pengusaha dewan makan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) dan kolej MARA yang mendapat kontrak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd