SEREMBAN – Kehadiran Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing di Negeri Sembilan memberi suntikan baharu kepada Pakatan Harapan (PH)
Beberapa pemimpin PH menerusi hantaran di media sosial malah melontarkan rasa teruja dengan kehadiran King Sing di negeri ini semalam.
Antaranya Timbalan Setiausaha Agung DAP, Hannah Yeoh yang memaklumkan tentang kehadiran King Sing untuk bersama PH di Negeri Sembilan.
“Orang kuat Sarawak pun bersama Harapan (PH) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Temiang dan Seremban Jaya. Datuk Seri Tiong King Sing,” katanya.
Calon PH DUN Temiang, Ho Weng Wah pula berkata, kehadiran King Sing disambut dengan penuh mesra dan meriah oleh penduduk setempat.
“Ah Tiong dah sampai Temiang!. Setiap lokasi yang dikunjungi, kehadiran beliau disambut dengan penuh mesra dan meriah oleh penduduk setempat.
“Terima kasih atas sokongan dan kata-kata semangat daripada semua. Pada 1 Ogos, marilah kita terjemahkan semangat ini kepada undi,” katanya. – MYNEWSHUB


