• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tunku Nadzaruddin Ditabalkan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12?

oleh Mynewshub
05/06/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Tunku Nadzaruddin Ditabalkan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12?
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan, Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja’afar, ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12 dalam satu majlis yang berlangsung di sebuah resort di Melaka, hari ini.

Pemasyhuran itu diisytiharkan oleh Undang Luak Jelebu, Maarof Mat Rashad yang mewakili Undang Yang Empat dalam satu majlis ringkas.

Menurut beliau, pemilihan dan pemasyhuran tersebut dibuat selaras dengan Perkara 11 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959.

“Bahawasanya selaras dengan Perkara 11 Undang-Undang Tubuh Negeri Sembilan 1959, kami Yang Teramat Mulia Undang Yang Empat, dengan kuasa yang ada pada kami, memilih dan memasyhurkan Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan, Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja’afar, sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12 berkuat kuasa serta-merta.

“Bersesuaian dengan pengisytiharan Undang Yang Empat yang dilakukan pada 19 April 2026. Sekian dimaklumkan,” katanya ketika majlis pemasyhuran tersebut.

Pengisytiharan itu kemudiannya disambut dengan penerimaan rasmi oleh Tunku Nadzaruddin.

Dalam titah ringkasnya, baginda menjunjung kasih kepada Undang Yang Empat serta pemimpin adat negeri atas kepercayaan yang diberikan.

“Beta, Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja’afar, menjunjung kasih kepada Undang Yang Empat, Tunku Besar Tampin serta Datuk Syahbandar Sungai Ujong atas pemilihan dan pemasyhuran beta sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12,” titah baginda.

Terdahulu, media melaporkan berlaku kekecohan di pintu utama Balai Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin apabila Undang Luak Johol dan Undang Luak Jelebu dikatakan dihalang oleh pihak polis daripada memasuki premis berkenaan untuk menghadiri satu sidang khas bersama pemimpin adat negeri.

Bagaimanapun, keadaan berjaya diredakan selepas Tunku Besar Tampin, Syed Razman Syed Idrus hadir ke pintu utama dan berbincang dengan pegawai polis yang bertugas sebelum kedua-dua Undang Luak dibenarkan memasuki premis tersebut.

Difahamkan, pertemuan itu akhirnya dipendekkan berikutan ketiadaan Tunku Nadzaruddin, sebelum lokasi majlis pemasyhuran dipindahkan ke resort berkenaan. – MYNEWSHUB

Tags: kekecohanPertabalanResort MelakaTunku Nadzaruddin Tuanku Ja'afarTunku Panglima Besar Negeri SembilanUndangYang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12
Share204Tweet128SendShare

Related Posts

PM Kritik Pemasyhuran Di Hotel, Kerajaan Madani Iktiraf Tuanku Muhriz

PM Kritik Pemasyhuran Di Hotel, Kerajaan Madani Iktiraf Tuanku Muhriz

05/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan Persekutuan tetap mengiktiraf Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan. Perdana Menteri, Datuk...

“Sekarang Dah Raja, Tumpukan Taat Setia” – Rais Yatim

“Sekarang Dah Raja, Tumpukan Taat Setia” – Rais Yatim

05/06/2026
0

MELAKA - Tokoh Budaya dan Adat Negeri Sembilan, Tan Sri Rais Yatim menyeru semua pihak memberikan taat setia kepada Yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd