• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Tiada Kerajaan Yang Sempurna” – Aiman Athira

oleh Mynewshub
04/06/2026
dalam Utama & Sensasi
0
“Tiada Kerajaan Yang Sempurna” – Aiman Athira
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Datuk Aiman Athirah Sabu meminta rakyat menerima hakikat bahawa tiada kerajaan yang sempurna.

Beliau yang juga Ketua Wanita Parti Amanah Negara (Amanah) berkata, apa yang penting adalah hala tuju negara kerana masih banyak cabaran perlu diselesaikan oleh Kerajaan Perpaduan ketika ini.

Ujar beliau, antara cabaran khususnya melibatkan kos sara hidup, gaji yang lebih baik, produktiviti dan kesejahteraan rakyat.

“Namun selepas bertahun-tahun negara berdepan ketidaktentuan politik, apa yang sedang berlaku hari ini menunjukkan usaha membina semula ekonomi, memperkukuh institusi dan memulihkan keyakinan pelabur sedang berada di landasan yang betul.

“Reformasi bukan kerja sehari. Hasilnya juga bukan semuanya dapat dituai dalam satu penggal,” katanya dalam satu kenyataan di media sosial.

Aiman Athirah berkata, jika momentum itu dapat dikekalkan, Malaysia mempunyai peluang cerah untuk muncul sebagai negara berpendapatan tinggi, berdaya saing, berintegriti dan lebih sejahtera.

“Persoalannya bukan sama ada semua masalah telah selesai. Persoalannya ialah sama ada negara sedang bergerak ke arah yang betul.

“Alhamdulillah, banyak petunjuk hari ini menunjukkan bahawa Malaysia sedang melangkah ke hadapan,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Aiman Athirah Sabu

 

Tags: AmanahBanyak cabaranDatuk Aiman Athirah SabuHala Tujukerajaan perpaduanKetua Wanita Parti Amanah NegaraTiada Kerajaan SempurnaTimbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Malaysia Kembali Disegani, Kepimpinan PM Anwar Dapat Pengiktirafan Antarabangsa

Malaysia Kembali Disegani, Kepimpinan PM Anwar Dapat Pengiktirafan Antarabangsa

04/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Malaysia kembali disegani dunia di bawah kepimpinan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ketua...

Yang di-Pertuan Agong Zahir Pandangan Dan Nasihat Hala Tuju Pembangunan KL

Yang di-Pertuan Agong Zahir Pandangan Dan Nasihat Hala Tuju Pembangunan KL

04/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menzahirkan pandangan serta nasihat konstruktif berhubung hala tuju pembangunan Kuala Lumpur....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd