• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, November 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rakyat Johor Tidak Mengundi Untuk Jadi Negeri Lain – Ahmad Solehin

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Rakyat Johor Tidak Mengundi Untuk Jadi Negeri Lain – Ahmad Solehin
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Ketua Penerangan UMNO Bahagian Johor Bahru, Ahmad Solehin Abd Ghani menegaskan rakyat Johor tidak mengundi untuk menukar Johor menjadi negeri lain.

Menurut beliau, Johor tidak perlu menjadi Selangor kerana Johor ada identiti, kekuatan dan acuan pembangunannya sendiri.

“Rakyat Johor mahu melihat Johor terus maju sebagai Johor dengan Agenda Maju Johor, JETP, JS-SEZ, pembangunan infrastruktur.

“Peluang pekerjaan berpendapatan tinggi dan kebajikan rakyat yang semakin diperkasakan,” katanya dalam satu hantaran di media sosial.

Beliau mengulas kenyataan pemimpin Pakatan Harapan (PH), Datuk Dr Ismail Salleh ‘Johor akan menjadi Selangor di tangan PH’

Ismail mendakwa Johor masih ketinggalan berbanding Selangor dan PH mampu membangunkan Johor lebih baik sebagaimana Selangor.

Ahmad Solehin berkata, kejayaan sesebuah negeri bukan diukur dengan sejauh mana ia menyerupai negeri lain, tetapi sejauh mana ia mampu memaksimumkan potensinya sendiri demi kesejahteraan rakyat.

“Johor tidak mahu jadi Selangor. Johor mahu jadi versi terbaik Johor. Kerana Johor ada Cara Johor,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Ahmad Solehin

Tags: Ahmad Solehin Abd GhaniJadi SelangorJohor Ada Cara JohorKetua Penerangan UMNO Bahagian Johor BahruNegeri Lainrakyat johor
Share210Tweet131SendShare

Related Posts

‘Aku Dah Kata Undi BN Najib Akan keluar, Rakyat Johor, Negeri Sembilan Sudah Kena Tipu’ – Pemimpin PKR

‘Aku Dah Kata Undi BN Najib Akan keluar, Rakyat Johor, Negeri Sembilan Sudah Kena Tipu’ – Pemimpin PKR

15/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR), Muhamad Taufiq Iskandar mendakwa rakyat Johor dan Negeri Sembilan sudah tertipu, sambil...

FB Najib Razak Seru Seluruh Rakyat Johor Keluar Mengundi Demi Masa Depan Negeri

FB Najib Razak Seru Seluruh Rakyat Johor Keluar Mengundi Demi Masa Depan Negeri

11/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Laman Facebook milik bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyeru seluruh rakyat Johor supaya keluar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd