• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PSM Dakwa Pelarian Rohingya Dijadikan ‘Kambing Hitam’ Kepada Pelbagai Masalah Sosial Dan Ekonomi

oleh Mynewshub
12/06/2026
dalam Utama & Sensasi
0
PSM Dakwa Pelarian Rohingya Dijadikan ‘Kambing Hitam’ Kepada Pelbagai Masalah Sosial Dan Ekonomi
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Parti Sosialis Malaysia (PSM) mengecam tindakan pihak yang didakwa memainkan sentimen perkauman dan xenofobial terhadap pelarian Rohingya di media sosial.

Setiausaha PSM Semenyih, Yap Heng Lung berkata, segala bentuk diskriminasi, kebencian dan penindasan terhadap pelarian di negara ini mesti dihentikan.

Ujar beliau, kempen dalam talian yang menyemarakkan kebencian terhadap etnik Rohingya tidak boleh diterima dalam sebuah masyarakat yang menghormati prinsip kemanusiaan.

“Kami menyeru kerajaan dan masyarakat umum agar tidak terus menjadikan golongan ini sebagai ‘kambing hitam’ kepada pelbagai masalah sosial dan ekonomi.

“Pemikiran xenofobia tiadanya tempat dalam masyarakat yang adil, demokratik dan berperikemanusiaan,” katanya dalam satu kenyataan di media sosial hari ini.

Heng Lung berkata, terdapat lebih 41 juta orang pelarian dan sekitar 9 juta orang pencari suaka di seluruh dunia akibat peperangan, konflik serta penindasan.

Kata beliau, di Malaysia kira-kira 30 peratus daripada lebih 215,000 pelarian dan pencari suaka yang berdaftar terdiri daripada kanak-kanak.

Menurut beliau, angka itu menunjukkan bahawa isu pelarian bukan sekadar isu migrasi, tetapi juga isu kemanusiaan yang melibatkan golongan paling rentan.

Justeru, beliau meminta Kerajaan Madani mengambil langkah meratifikasikan Konvensyen Berhubung Status Pelarian.

“Ratifikasi konvensyen ini akan membantu dalam mewujudkan kerangka dasar yang lebih jelas dalam pengurusan pelarian dan pencari suaka.

“Meningkatkan kesedaran dalam kalangan agensi kerajaan serta masyarakat mengenai hak asasi manusia sejagat,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Parti Sosialis Malaysia

 

Tags: EkonomiKambing Hitammasalah sosialparti sosialis malaysiaPSMRohingyaSentimen perkaumanSetiausaha PSM SemenyihxenofobialYap Heng Lung
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

JPJ Perak Sita Kenderaan Dipandu Warga Asing Dalam Operasi Khas

JPJ Perak Sita Kenderaan Dipandu Warga Asing Dalam Operasi Khas

12/06/2026
0

IPOH – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak mempergiat tindakan penguatkuasaan menerusi Operasi Pemandu Warga Asing bagi memastikan pematuhan undang-undang jalan...

Rakyat Akan Dapat Rasai Hasil Pelaburan Diluluskan RM92.8 Bilion – Tengku Zafrul

Rakyat Akan Dapat Rasai Hasil Pelaburan Diluluskan RM92.8 Bilion – Tengku Zafrul

11/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Pelaburan diluluskan berjumlah RM92.8 bilion pada suku pertama tahun 2026 melibatkan 1,249 projek merentasi sektor perkhidmatan, perkilangan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd