• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRN: Pakatan Harapan Yakin Rampas Johor, Pertahan Negeri Sembilan

oleh Mynewshub
18/06/2026
dalam Utama & Sensasi
0
PRN: Pakatan Harapan Yakin Rampas Johor, Pertahan Negeri Sembilan
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pemimpin Pakatan Harapan (PH) yakin gabungan politik tersebut akan mendapat sokongan majoriti rakyat Johor dan Negeri Sembilan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.

Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Johor, Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa dalam satu hantaran di media sosial mendakwa, laporan yang diterimanya dari lapangan sangat positif.

‘Alhamdulillah, laporan dari lapangan amat positif. Semangat rakyat untuk melihat Johor terus maju bersama Kerajaan Madani semakin dirasai dan memberi keyakinan kepada seluruh jentera PH.

“Misi kita jelas, menambah kemenangan kerusi PH dan membina masa depan Johor yang lebih baik. Insya-Allah dengan usaha berterusan dan sokongan Bangsa Johor, kemenangan akan menjadi milik kita,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook dalam hantaran di media sosial berkata, pelancaran Jentera PH Negeri Sembilan dihadiri ribuan rakyat negeri itu.

Menurut beliau, dewan dipenuhi di setiap ruang membuktikan keyakinan rakyat terhadap kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Kata beliau, sokongan yang hadir bukan sahaja daripada ahli parti, malah ramai rakyat biasa yang datang memberikan sokongan kepada PH Negeri Sembilan.

“Ini menjadi petanda bahawa rakyat menghargai kestabilan, prestasi dan hala tuju pembangunan yang dibawa oleh PH.

“Dengan semangat yang ditunjukkan, PH Negeri Sembilan melangkah ke PRN dengan penuh keyakinan untuk mempertahankan kerajaan negeri,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Dr Zaliha Mustafa/Anthony Loke Siew Fook

Tags: Anthony Loke Siew FookDatuk Seri Dr Zaliha Mustafapakatan harapanpemimpinPengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) JohorPertahan Negeri SembilanPHpilihan raya negeriPRNRampas JohorSetiausaha Agung DAPYakin
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Kekuatan BN Terletak Pada Kesatuan Saf Dan Semangat Kebersamaan – Khaled Nordin

Kekuatan BN Terletak Pada Kesatuan Saf Dan Semangat Kebersamaan – Khaled Nordin

18/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menegaskan kekuatan Barisan Nasional (BN) sentiasa terletak pada kesatuan...

MB Johor Onn Hafiz Sedang Berdepan Modus Operandi ‘Pembunuhan Karakter’ – Hafiz Ariffin

MB Johor Onn Hafiz Sedang Berdepan Modus Operandi ‘Pembunuhan Karakter’ – Hafiz Ariffin

18/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi sedang berdepan dengan modus operandi 'pembunuhan karakter' oleh Pakatan Harapan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd