• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRN Johor, Negeri Sembilan – Wajarkah Parlimen Juga Dibubar Serentak?

oleh Mohd Arshad
05/06/2026
dalam Utama & Sensasi
0
PRN Johor, Negeri Sembilan – Wajarkah Parlimen Juga Dibubar Serentak?
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh Mynewshub 

KETIKA Johor sudah rasmi membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi memberi laluan kepada PRN dan Negeri Sembilan turut memasuki fasa persiapan politik yang semakin jelas, kembali timbul persoalan yang semakin kuat dibincangkan dalam kalangan penganalisis politik – adakah sudah tiba masanya kerajaan Persekutuan mempertimbangkan pembubaran Parlimen lebih awal untuk membolehkan pilihan raya diadakan secara serentak?

Cadangan itu bukan baharu, tetapi kini kembali mendapat perhatian susulan perkembangan politik semasa apabila beberapa negeri bergerak lebih awal daripada jadual asal.

Pembubaran awal Parlimen sepatutnya dilakukan memandangkan kerajaan Madani adalah kerajaan campuran pilihan ahli politik dan bukannya rakyat.

Penyokong BN tidak pernah mengundi calon-calon PH pada pilihanraya umum ke-15 lalu dan begitu juga sebaliknya.

Masing-masing membenci satu sama lain.

Tiba-tiba selepas pilihanraya, pemimpin kedua parti membentuk kerajaan dan membedak atau membahagikan jawatan kabinet sesama sendiri.

Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri walaupun perikatan parti beliau hanya menerima 82 kerusi Parlimen, jangan kata dua pertiga, majoriti mudah pun gagal dicapai.

Atas hakikat ini, kita boleh katakan bahawa kerajaan yang ada bukan kerajaan yang majoriti rakyat pilih, maka PRU16 seharusnya diadakan pada kadar segera.

Jangan beri alasan seperti perlu tumpu tadbir negara.

Tadbir negara memang perlu dibuat sampai bila-bila pun, tidak ada tempoh di mana pentadbiran negara boleh dihentikan untuk sebarang tujuan.

Malah, melaksanakan PRU adalah satu amalan demokrasi yang sihat.

Penganalisis melihat penyelarasan pilihan raya boleh mengurangkan kos logistik, jentera pilihan raya, pengurusan petugas serta perbelanjaan operasi kerajaan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini turut menyatakan bahawa pilihan raya yang dijalankan serentak berpotensi menjimatkan kos keseluruhan proses demokrasi negara.

Di Johor, pembubaran DUN diumumkan dengan alasan memberi mandat baharu kepada rakyat dan memastikan kestabilan pentadbiran negeri.

Dalam masa sama, perkembangan di Negeri Sembilan menunjukkan negeri itu juga tidak menolak kemungkinan melalui proses pilihan raya lebih awal bergantung kepada pertimbangan semasa kerajaan negeri.

Penyokong idea penyelarasan pilihan raya berhujah bahawa rakyat kini berdepan situasi hampir berterusan keluar mengundi – daripada PRN ke PRK dan seterusnya PRU – yang turut memberi kesan kepada tumpuan pentadbiran serta aktiviti ekonomi.

Namun begitu, terdapat juga pandangan berbeza yang menegaskan bahawa pembubaran Parlimen adalah keputusan besar dan tidak semestinya perlu diselaraskan dengan pilihan raya negeri kerana mandat kerajaan Persekutuan masih berkuat kuasa sehingga tamat tempoh penggal.

Apa pun pendiriannya, perkembangan terkini di Johor dan Negeri Sembilan dijangka menjadi petunjuk penting kepada landskap politik negara menjelang pilihan raya umum akan datang.

Persoalannya kini — adakah rakyat mahukan satu pusingan pilihan raya serentak, atau mengekalkan kitaran pilihan raya berasingan seperti sekarang?

Sudah semestinya rakyat mahu hak mereka memilih kerajaan dikembalikan, dan bukan ditentukan oleh ahli politik yang berbincang sesama mereka untuk membentuk kerajaan. –MYNEWSHUB

Tags: Himpunan Anti-AnwarPRU16
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

‘Kita Kena Pertahankan Kerajaan Ini Demi Rakyat’ – Mohamad Sabu

‘Kita Kena Pertahankan Kerajaan Ini Demi Rakyat’ – Mohamad Sabu

09/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemimpin Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Mohamad Sabu menyeru seluruh pimpinan dan penyokong Kerajaan Perpaduan supaya terus...

UMNO Negeri Sembilan Harus Kembali ke Pangkal Jalan Bersama PH – Lim Guan Eng

UMNO Negeri Sembilan Harus Kembali ke Pangkal Jalan Bersama PH – Lim Guan Eng

07/05/2026
0

KUALA LUMPUR - UMNO tidak seharusnya menjadi gunting dalam lipatan, sebaliknya perlu kembali ke pangkal jalan dengan menyokong Menteri Besar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd