MUAR – “Tak apalah.. saya pun tak ada minta siapa nak bantu”
Demikian reaksi Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada pemberita hari ini.
Beliau mengulas langkah PAS tidak akan membantu calon Bersatu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN)
“Siapa nak bantu.. bantu… walaupun dalam soal prinsip Perikatan Nasional (PM) patut saling membantu.
“Tapi rakan tak nak bantu kita terima. Setakat ini pun kita bekerja keras atas kekuatan kita dan dasar dan amalan yang kita lakukan selama ini,” katanya.
Pemimpin PAS sebelum ini memaklumkan parti itu tidak akan membantu kempen Bersatu walaupun kedua-duanya menggunakan logo PN.
Jentera PAS kawasan dan DUN ditandingi Bersatu PRN Johor malah diarah bertugas di DUN ditandingi PAS dan parti komponen Perikatan Nasional (PN) yang lain.
Untuk rekod, PAS pada 8 Jun lalu mengumumkan menghentikan kerjasama dengan Bersatu yang dipimpin Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Perbalahan kemudian tercetus antara kedua-dua parti berhubung status PN kerana PAS dan Bersatu masing-masing enggan melepaskan PN.
Berikutan itu, PAS dan Bersatu tetap menggunakan logo PN dalam PRN Johor walaupun tidak lagi bekerjasama. – MYNEWSHUB


