• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, September 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PN Bukan Milik Mana-Mana Parti, PAS Antara Pengasas – Ahmad Samsuri

oleh Mynewshub
11/06/2026
dalam Utama & Sensasi
0
PN Bukan Milik Mana-Mana Parti, PAS Antara Pengasas – Ahmad Samsuri
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar menegaskan PN bukan milik mana-mana parti secara mutlak.

Menurut beliau, PN adalah gabungan politik berperlembagaan yang ditubuhkan atas dasar muafakat parti-parti pengasas.

“PAS juga adalah antara parti pengasas PN dan saya sendiri merupakan salah seorang penandatangan rasmi penubuhan PN.

“Sebarang tafsiran mengenai status, kedudukan dan hala tuju PN tidak boleh dibuat secara sepihak,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Laporan Mynewshub semalam mempersoalkan PN milik PAS atau Parti Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) selepas kedua-dua parti tidak lagi menjalin kerjasama.

Persoalan itu berbangkit selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin terlebih dahulu menegaskan PN diasaskan oleh Bersatu, maka Bersatu akan kekal dalam PN.

Bagaimanapun, beberapa pemimpin PAS memberi bayangan sebaliknya dengan mendakwa PN turut diasaskan oleh PAS.

Mengulas lanjut, Ahmad Samsuri berkata, isu tersebut perlu dirujuk kepada perlembagaan PN dan diputuskan melalui saluran rasmi gabungan.

“Keutamaan saya ialah memastikan PN terus diurus secara tertib, berprinsip dan bertanggungjawab demi kepentingan rakyat dan negara,” katanya. – MYNEWSHUB

Tags: BERSATUBukan milikDatuk Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri MokhtarPASpengasasPengerusi Perikatan Nasional (PN)PN
Share199Tweet124SendShare

Related Posts

PAS Lahirkan Kesyukuran,Yakin Najib Dapat Beri Sumbangan Idea Demi Kebaikan Negara

PAS Lahirkan Kesyukuran,Yakin Najib Dapat Beri Sumbangan Idea Demi Kebaikan Negara

18/09/2026
0

KUALA LUMPUR - PAS melahirkan kesyukuran susulan pengampunan bersyarat yang diberikan kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul...

Duyong Bukan Milik Mana-Mana Parti – DAP Melaka

Duyong Bukan Milik Mana-Mana Parti – DAP Melaka

18/09/2026
0

MELAKA - Pengerusi DAP Melaka, Khoo Poay Tiong menegaskan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong bukan milik mana-mana parti atau...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd