• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PM Anwar Sindir Isu Penjualan Babi Besar-Besaran: “Sebab Itu Maka Terhakislah Keyakinan Agama Aku”

oleh Mynewshub
21/06/2026
dalam Utama & Sensasi
0
PM Anwar Sindir Isu Penjualan Babi Besar-Besaran: “Sebab Itu Maka Terhakislah Keyakinan Agama Aku”
Share on FacebookShare on Twitter

SEBERANG PERAI – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar pihak yang didakwa sengaja menimbulkan polemik berhubung penjualan babi secara besar-besaran di negeri ini.

Beliau dalam sinis malah mempersoalkan adakah kerana penjualan babi secara besar-besaran tersebut akan menyebabkan keyakinan agama seseorang terhakis.

“Apa dia masalah dia? Oh dia ada jual babi di Bagan.. haa? Ya Jadi kalau dia nak makan babi, dia tak boleh jual? Dia jual. Kalau kata janganlah buat besar-besar tak apalah, bincanglah.

“Takkan itu nak jadi kerisauan… ‘Sebab itu maka terhakislah keyakinan agama aku’. Jadi yang saya nak cakap boleh bantah. Boleh runding dengan baik. Tapi jagalah supaya negeri ini aman dan ekonominya baik,” katanya ketika berucap pada Majlis Pecah Tanah Setia Fontaines Industrial Park dekat sini semalam.

Pengerusi DAP, Lim Guan Eng pada 15 Jun lalu memaklumkan program penjualan besar-besaran daging babi di Butterworth menyaksikan daging daripada 60 ekor babi habis dijual dalam tempoh hanya dua jam.

Beliau dipetik sebagai berkata, program berkenaan membuktikan rakyat Butterworth hidup dengan penuh maruah serta bebas mengamalkan budaya dan cara hidup masing-masing.

Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata, walaupun program itu pernah menerima bantahan kerana melibatkan penjualan daging babi di tempat awam, beliau berpendapat membeli dan memakan daging babi merupakan hak serta kebebasan rakyat yang perlu dihormati.

“Tempat lain mungkin tidak mahu, tidak boleh atau tidak berani menganjurkan promosi besar-besaran daging babi, tetapi Butterworth berani melakukannya,” katanya.

Terdahulu, Anwar meminta pihak yang pergi ke Johor dan Negeri Sembilan sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) membawa cerita kejayaan Malaysia memperolehi bekalan simpanan gas antara yang terbesar di dunia di Turkmenistan.

Menurut Perdana Menteri, ia merupakan satu berita hangat dalam kalangan industri minyak dan gas di seluruh dunia berbanding membawa isu kaum, kuil dan Cina DAP.

“Siapa yang pergi Johor, Negeri Sembilan cerita yang ini. Gaduh buat apa tak habis. Rebut sana, rebut sini. Kontrak sana, kontrak sini. Ini yang penting. Sesetengah pula, ini Melayu, kuil ini, oh Cina DAP. Apa benda tak habis-habis? Buat kerjalah.

“Ini tengok Chow (Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow) dia Cina. Nak buat macam mana? Sudahlah Cina, DAP pula. Tapi saya tak ada masalah. Program jalan. Masalah pembangunan kawasan-kawasan Cina, jalan.

“Kalau kita cadangkan ini beberapa projek khas bumiputera, jalan. Nak ambil beberapa projek latihan untuk bumiputera, tambahan, jalan. Tak pernah ada masalah,” katanya.

Anwar turut mengingatkan perbalahan yang tidak berkesudahan, tikam-menikam, cantas-mencantas serta sentiasa mencari jalan untuk menjatuhkan seseorang tanpa menunggu pilihan raya akan menjejaskan ekonomi negara.

“Kalau kita jadi begitu, siapa yang nak lihat kita? Saudara ingat kalau Malaysia tak aman, tak kukuh ingat Turkmenistan itu nak bagi telaga minyak harga puluh-puluh bilion dolar ini.. tak mungkin. Sebab itu, saya merayu jaga negeri ini baik-baik,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Anwar Ibrahim

Tags: Bssar-BesaranDatuk Seri Anwar IbrahimIsu Penjualan BabiKeyakinan agamaPerdana MenteriSindirterhakis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar, Wan Azizah Ucap Takziah, Dukacita Insiden Pelajar Sekolah Maut

PM Anwar, Wan Azizah Ucap Takziah, Dukacita Insiden Pelajar Sekolah Maut

19/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail melahirkan rasa...

Jika Perdana Menteri Bukan Anwar, Saya Boleh Katakan Hari Ini USD1=RM5 – Arul Kumar

Jika Perdana Menteri Bukan Anwar, Saya Boleh Katakan Hari Ini USD1=RM5 – Arul Kumar

18/06/2026
0

SEREMBAN - Nilai ringgit hari ini RM5 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) jika Perdana Menteri Malaysia bukan Datuk Seri Anwar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd