• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PM Anwar Kekal Pilihan Rakyat, Catat Sokongan Tertinggi 52% – Merdeka Center

oleh Mynewshub
26/06/2026
dalam Utama & Sensasi
0
PM Anwar Kekal Pilihan Rakyat, Catat Sokongan Tertinggi 52% – Merdeka Center
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terus mendapat penarafan positif apabila mencatat kadar sokongan tertinggi iaitu 52 peratus berbanding pemimpin politik lain menurut tinjauan terbaharu Merdeka Center.

Tinjauan sama turut menunjukkan bekas pemimpin UMNO yang kembali aktif, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berada di kedudukan kedua dengan kadar sokongan 50 peratus.

Dalam kalangan pemimpin pembangkang, bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memperoleh kadar sokongan 36 peratus, mengatasi Pengerusi baharu Perikatan Nasional (PN) merangkap Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang mencatat 28 peratus.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang pula memperoleh kadar sokongan sebanyak 25 peratus, manakala Presiden UMNO yang juga Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mencatat 24 peratus.

Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Rafizi Ramli yang kini mengetuai parti Bersama menerima kadar sokongan 32 peratus.

Tinjauan yang dijalankan antara 12 Mac hingga 9 April lalu itu turut mendapati 42 peratus pengundi berpendapat Malaysia berada di landasan yang betul, kekal tidak berubah berbanding tinjauan pada Disember 2025 dan Februari 2026.

Bagaimanapun, separuh daripada responden atau 50 peratus masih berpandangan negara sedang menuju ke arah yang salah, dengan kebimbangan terhadap keadaan ekonomi, kos sara hidup dan harga bahan api menjadi faktor utama yang mempengaruhi pandangan tersebut.

Seramai 73 peratus responden turut menganggap isu berkaitan ekonomi sebagai masalah paling besar yang dihadapi rakyat ketika ini, sekali gus menunjukkan kebimbangan terhadap ekonomi kekal menjadi isu utama merentas semua kumpulan etnik.

Dari segi prestasi kerajaan Persekutuan, 50
peratus responden menyatakan berpuas hati dengan pentadbiran kerajaan, manakala 48 peratus lagi tidak berpuas hati.

Tahap kepuasan tertinggi direkodkan dalam kalangan Bumiputera Sabah dan Sarawak sebanyak 68 peratus, diikuti masyarakat Cina (53 peratus), India (46 peratus) dan Melayu (44 peratus).

Tinjauan itu juga menunjukkan sokongan rakyat terhadap agenda reformasi politik kerajaan kekal tinggi apabila 73 peratus responden menyokong cadangan mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada dua penggal atau 10 tahun, manakala 84 peratus menyokong pemisahan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya.

Selain itu, 58 peratus responden menyokong cadangan pemilihan terus Datuk Bandar Kuala Lumpur.

Tinjauan Merdeka Center itu melibatkan 1,209 pengundi berdaftar yang ditemu bual menerusi telefon talian tetap dan telefon bimbit menggunakan kaedah persampelan rawak berstrata mengikut umur, etnik, jantina dan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) – MYNEWSHUB

Tags: Datuk Seri Anwar Ibrahimmerdeka centerPerdana MenteriSokongan Tertinggitinjauan
Share202Tweet127SendShare

Related Posts

“Alhamdulillah, Pulang Ke Rumah” – PMX Anwar

“Alhamdulillah, Pulang Ke Rumah” – PMX Anwar

12/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan rasa syukur beliau akhirnya dapat pulang ke rumah selepas menjalani...

“Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim Silap Langkah” – Lim Guan Eng

“Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim Silap Langkah” – Lim Guan Eng

11/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menyifatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai silap langkah kerana menolak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd