• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, November 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Petisyen ‘Remove Rohingya from Malaysia’ Raih Lebih 360,000 Sokongan

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Petisyen ‘Remove Rohingya from Malaysia’ Raih Lebih 360,000 Sokongan
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebuah petisyen dalam talian bertajuk “Remove Rohingya from Malaysia” yang dilancarkan bermula 29 Mei lalu telah menerima 363,424 tandatangan daripada orang ramai yang menyokong gesaan tersebut.

Menurut penerangan yang disertakan dalam petisyen itu, penganjurnya mendakwa Malaysia berdepan pelbagai cabaran susulan peningkatan pelarian Rohingya yang memasuki negara ini.

Mereka mendakwa kemasukan pelarian itu memberi tekanan kepada sumber negara, infrastruktur dan perkhidmatan sosial, selain menimbulkan persaingan mendapatkan kemudahan serta bantuan yang terhad.

Petisyen itu turut mendakwa terdapat kesan ekonomi yang perlu diberi perhatian memandangkan Malaysia sedang berusaha memperkukuh dan meningkatkan taraf hidup rakyat.

Pada masa sama, petisyen itu berpendapat pengurusan populasi pelarian yang besar memerlukan sumber dan peruntukan yang signifikan.

Selain itu, penganjur petisyen turut membangkitkan kebimbangan berkaitan aspek keselamatan dengan mendakwa terdapat peningkatan kadar jenayah di kawasan yang mempunyai penempatan pelarian.

Bagaimanapun, petisyen itu mengakui tidak semua pelarian terlibat dalam kegiatan jenayah dan persepsi tersebut telah menimbulkan rasa bimbang dalam kalangan penduduk setempat.

Sehubungan itu, petisyen berkenaan menggesa kerajaan Malaysia merangka pelan komprehensif bagi menangani isu tersebut dengan kerjasama organisasi antarabangsa.

Antara cadangan dikemukakan termasuk penempatan semula pelarian ke negara ketiga atau peningkatan bantuan di kawasan asal mereka di Myanmar.

Penganjur petisyen turut menyatakan mereka memahami aspek kemanusiaan yang berkait rapat dengan nasib pelarian Rohingya, namun berpendapat pendekatan semasa adalah tidak mampan untuk jangka panjang.

Mereka menegaskan kebajikan dan kestabilan rakyat Malaysia perlu diberikan keutamaan, sambil mencari penyelesaian yang dianggap lebih berperikemanusiaan terhadap isu pelarian berkenaan. – MYNEWSHUB

Tags: Orang ramaipetisyenRemove Rohingya from Malaysiatandatangan
Share224Tweet140SendShare

Related Posts

“Ada Peluang Lagi Jika Calon Tidak Dipersetujui, Saya Belum Tandatangan Watikah” – Zahid

“Ada Peluang Lagi Jika Calon Tidak Dipersetujui, Saya Belum Tandatangan Watikah” – Zahid

25/10/2026
0

BAGAN DATUK - Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan masih ada peluang untuk menyemak semula...

Akmal Saleh Terima Hampir RM45,102 Sumbangan, Rayu Orang Ramai Henti Masukkan Wang

Akmal Saleh Terima Hampir RM45,102 Sumbangan, Rayu Orang Ramai Henti Masukkan Wang

21/10/2026
0

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh memohon orang ramai supaya tidak lagi memasukkan wang ke...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd