SHAH ALAM – Pemimpin PAS mengarahkan ahli dan penyokongnya mengundi Barisan Nasional (BN) di kawasan yang tidak ditandingi PAS bagi membantu BN Johor memastikan PH-DAP tidak menguasai negeri itu.
Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Shah Alam, Azrul Abu Hasan berkata, sekiranya kerajaan BN di Johor berjaya dipertahankan, maka golongan liberal daripada PH, MUDA dan BERSAMA dapat diketepikan.
“Check mate, DAP PH Anwar! Game over kalau BN-PAS bergerak dalam pilihan raya akan datang,” katanya dalam satu hantaran di media sosial.
Terdahulu, beliau berkata, arahan pimpinan PAS berhubung perkara itu adalah ‘loud and clear’, iaitu mempertahankan kerajaan BN di Johor.
Menurutnya, arahan itu juga jelas dan nyata bahawa tiada bantuan jentera PAS di kawasan BERSATU, Pejuang dan MIPP.
“Jom jaga Johor. Tolak puak liberal dan sekular PH, MUDA dan BERSAMA. Undi BN di tempat BN lawan PH.
“Berunding dengan BN untuk lenyapkan kuasa PH di Negeri Sembilan. Kembali kepada Muafakat Nasional,” katanya. – MYNEWSHUB
Sumber info/foto: Akaun media sosial Azrul Abu Hasan.


