• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemuda BN Seru Bangsa Johor Terus Beri Mandat Kukuh Kepada BN

oleh Mynewshub
04/06/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Pemuda BN Seru Bangsa Johor Terus Beri Mandat Kukuh Kepada BN
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Pemuda Barisan Nasional (BN) Johor menyeru Bangsa Johor tanpa mengira kaum, agama dan latar belakang untuk terus memberikan kepercayaan serta mandat yang besar dan kukuh kepada BN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16.

Dalam satu kenyataan bersama, Pemuda BN Johor menegaskan bahawa mandat yang jelas amat penting bagi memastikan kestabilan politik, kesinambungan dasar pembangunan serta pelaksanaan agenda kemajuan yang sedang dan akan dilaksanakan demi masa depan negeri itu.

Menurut kenyataan berkenaan, Pemuda BN Johor kini berada dalam keadaan siap siaga dan sedang mempergiatkan pelbagai persiapan bagi memperkukuhkan jentera di semua peringkat menjelang PRN.

“Fokus utama ketika ini termasuk penyusunan portfolio gerak kerja pilihan raya, pengukuhan komunikasi strategik, usaha mendominasi media digital serta perancangan pelbagai program lapangan bagi memastikan jentera pemuda berada pada tahap kesiapsiagaan yang tinggi”

Kenyataan tersebut dikeluarkan secara bersama oleh Ketua Pemuda UMNO Johor, Noor Azleen Ambros; Ketua Pemuda MCA Johor, Heng Zhi Li; Ketua Pemuda MIC Johor, Mohan Arunachalam dan Ketua Pemuda PPP Johor, Dr. Vinesh.

Pada masa sama, Pemuda BN Johor turut menzahirkan keyakinan penuh serta sokongan tidak berbelah bahagi terhadap kepimpinan Datuk Onn Hafiz Ghazi untuk terus mengetuai BN Johor dalam menghadapi PRN-16 dan seterusnya menerajui Kerajaan Johor.

Menurut mereka, keyakinan tersebut berasaskan rekod pencapaian kerajaan negeri di bawah kepimpinan beliau yang menyaksikan Johor muncul sebagai antara negeri paling berdaya saing di Malaysia.

Mereka berkata, pelbagai kejayaan telah dicapai dalam aspek pelaburan, pembangunan ekonomi, penciptaan peluang pekerjaan berpendapatan premium, pembangunan perumahan rakyat, program pembasmian kemiskinan, pembangunan belia serta pelaksanaan pelbagai inisiatif kesejahteraan rakyat.

“Pencapaian-pencapaian ini membuktikan Johor berada di landasan yang tepat untuk mencapai status negeri maju menjelang tahun 2030,” menurut kenyataan itu.

Pemuda BN Johor turut menegaskan komitmen mereka untuk memastikan kemenangan BN pada PRN akan datang demi meneruskan agenda pembangunan dan kemakmuran negeri bagi manfaat seluruh rakyat Johor. – MYNEWSHUB

Tags: Bangsa JohorBarisan NasionalMandat KukuhMCAMICPemuda BNPPPPRN JohorUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tuan Ibrahim Seru UMNO, PAS Kembali Bersama Muafakat Nasional 2.0

Tuan Ibrahim Seru UMNO, PAS Kembali Bersama Muafakat Nasional 2.0

03/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man hari ini secara terbuka menyeru kepada pembentukan gagasan...

BN Johor Akan “Berkawan Semula” Dengan PH Mainan Persepsi Politik

BN Johor Akan “Berkawan Semula” Dengan PH Mainan Persepsi Politik

03/06/2026
0

SEDANG berlegar naratif konon Barisan Nasional (BN) Johor akan "berkawan semula" dengan Pakatan Harapan (PH) jika BN Johor menang dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd