• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, November 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Muhyiddin Dukacita, Ingatkan PAS Bahawa Bersatu Pengasas PN

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Muhyiddin Dukacita, Ingatkan PAS Bahawa Bersatu Pengasas PN
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan kekal dalam Perikatan Nasional (PN) kerana Bersatu merupakan pengasas gabungan politik tersebut.

Presiden Bersatu itu berkata, parti Bersatu akan memperkasa agenda prihatin rakyat yang dibawa PN sejak penubuhannya walaupun tiada lagi kerjasama dengan PAS.

“Bersatu melahirkan rasa dukacita kerana kerjasama yang dibina bersama PAS atas semangat dan persefahaman yarng luhur telah dihentikan oleh PAS.

“Keputusan menghentikan kerjasama politik dan memutuskan hubungan dengan Bersatu adalah atas kehendak PAS,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Muhyiddin seterusnya meminta ahli parti Bersatu dan rakan seperjuangan parti tersebut fokus kepada usaha memperkukuhkan PN.

Kata beliau, setiap lapisan pimpinan dan ahli parti mesti terus meletakkan kepentingan rakyat sebagai fokus utama malah lebih bersemangat dengan ujian terbaru itu.

“Saya yakin rakyat yang mendukung cita-cita PN akan terus istiqamah bersama-sama kita.

“Insya-Allah, tentunya ada hikmah daripada apa yang berlaku. Semoga Allah SWT memberikan kita petunjuk, taufiq dan hidayahNya,” katanya. – MYNEWSHUB

Tags: BERSATUDukacitaParti Pribumi Bersatu MalaysiaPASpengasasperikatan nasionalPNTan Sri Muhyiddin Yassin
Share202Tweet126SendShare

Related Posts

PAS Gesa Kerajaan Jelaskan Kelewatan Pelaksanaan Titah Pengampunan Najib

PAS Gesa Kerajaan Jelaskan Kelewatan Pelaksanaan Titah Pengampunan Najib

07/11/2026
0

KUALA LUMPUR - PAS menggesa kerajaan, khususnya Jabatan Peguam Negara (AGC), memberikan penjelasan tuntas berhubung kelewatan pelaksanaan titah pengampunan bersyarat...

PAS Tidak Boleh Berikan Syurga Kepada Sesiapa, Syurga Milik Allah’ – Abdul Hadi

PAS Tidak Boleh Berikan Syurga Kepada Sesiapa, Syurga Milik Allah’ – Abdul Hadi

02/11/2026
0

KUALA LUMPUR – Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa parti itu tidak boleh memberikan syurga kepada sesiapa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd