• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kita Bangsa Johor Tidak Kira Agama, Bangsa, Latar Belakang – Onn Hafiz

oleh Mynewshub
09/06/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Kita Bangsa Johor Tidak Kira Agama, Bangsa, Latar Belakang – Onn Hafiz
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menegaskan pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) Johor memastikan tiada rakyat negeri ini yang tercicir daripada menerima bantuan dan sokongan sewajarnya.

Menurutnya, bantuan khususnya kepada golongan berpendapatan rendah, warga emas, ibu tunggal serta keluarga yang berdepan tekanan kos sara hidup diberikan tanpa mengira agama, bangsa, dan latar belakang.

“Kerajaan negeri akan terus komited memperkukuh agenda kesejahteraan rakyat melalui pelbagai inisiatif yang demi memastikan Bangsa Johor hidup dalam keadaan yang lebih sejahtera, inklusif dan makmur.

“Semoga usaha ini terus memberi manfaat yang berpanjangan kepada seluruh rakyat Johor. Insya-Allah,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.

Terdahulu, Onn Hafiz berkata, dalam usaha meringankan beban rakyat yang berdepan cabaran kos sara hidup yang tinggi, kerajaan Johor meneruskan pelaksanaan Bantuan Bakul Kasih Johor (BKJ)

Menurut beliau, program itu melihatkan peruntukan melebihi RM30 juta yang akan memberi manfaat kepada lebih 550,000 keluarga di kesemua 56 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN)

“Syukur Alhamdulillah, saya berkesempatan menyampaikan bantuan bakul makanan, Bakul Kasih Johor kepada masyarakat sempena Majlis Sambutan Hari Ibu Bapa di Johor Jaya yang berlangsung dalam suasana penuh harmoni.

“Selain turut menyampaikan bantuan sama kepada beberapa keluarga yang memerlukan ketika merasmikan Dewan Kuil Sri Maha Muniswarar di Desa Cemerlang, Ulu Tiram,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Onn Hafiz Ghazi

Tags: AgamaBangsa JohorbantuanBarisan NasionalBNDatuk Onn Hafiz GhaziKaumkerajaan JohorLatar Belakangmenteri Besar Johor
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

ANALISIS PRN: Pecah Undi Untungkan PH-DAP Di Johor

ANALISIS PRN: Pecah Undi Untungkan PH-DAP Di Johor

08/06/2026
0

PENGUNDI Johor tidak mempunyai pilihan selain terus bersatu hati mengekalkan dominasi Barisan Nasional (BN) Itupun sekiranya dalam hati mereka mahu...

Akmal Seru Penyatuan UMNO-PAS, Sokong Onn Hafiz Tolak DAP

Akmal Seru Penyatuan UMNO-PAS, Sokong Onn Hafiz Tolak DAP

08/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemuda UMNO berharap usaha untuk menyatukan kembali UMNO-PAS menjadi kenyataan. Ketuanya, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd