• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Madani Warisi Projek LRT3 Dalam Keadaan Hutang Negara Tinggi – Anthony Loke

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Kerajaan Madani Warisi Projek LRT3 Dalam Keadaan Hutang Negara Tinggi – Anthony Loke
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, beliau dan rakyat melahirkan rasa syukur LRT3 Laluan Shah Alam akhirnya telah pun dirasmikan.

Kata beliau, pelaksanaan projek itu bukan perjalanan yang mudah kerana merentasi pelbagai kerajaan, mengharungi zaman pandemik dan inflasi pasca-Covid.

“Pelbagai cabaran teknikal yang memerlukan ketabahan semua pihak yang mewarisinya khususnya dalam keadaan hutang negara yang tinggi,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.

Pelancaran LRT3 di sini semalam disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anthony Loke yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, walaupun dalam keadaan fiskal yang mencabar, Kerajaan Madani tetap komited memastikan projek itu diselesaikan.

Menurut beliau, ia bukan pilihan yang mudah, tetapi Kerajaan Madani percaya bahawa infrastruktur pengangkutan awam adalah pelaburan untuk rakyat, bukan beban.

“Itu yang menjadi pegangan kami dalam setiap keputusan yang dibuat. Ramai yang menyumbang dalam pelbagai kapasiti sepanjang perjalanan panjang ini. ‘You know who you are’

“Kerajaan dan rakyat Malaysia mengucapkan terima kasih. Kepada dua juta penduduk koridor barat Lembah Klang yang telah lama menanti, jom naik LRT3 Laluan Shah Alam mulai 29 Jun secara percuma sehingga 31 Julai,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Anthony Loke Siew Fook

Tags: Anthony Loke Siew Fookhutang negaraKerajaan MadaniLaluan Shah AlamLRT3Menteri PengangkutanMewarisiprojektinggi
Share222Tweet139SendShare

Related Posts

Kerajaan Madani Akan Terus Laksana Agenda Reformasi Institusi – Azalina

Kerajaan Madani Akan Terus Laksana Agenda Reformasi Institusi – Azalina

01/10/2026
0

PUTRAJAYA - Kerajaan Madani akan terus melaksanakan agenda reformasi institusi secara tersusun dan berterusan bagi memperkukuh institusi demokrasi negara serta...

Projek LNG Canada Bukan Tiba-tiba Muncul Bila Madani Masuk Pejabat – Eric Lim

Projek LNG Canada Bukan Tiba-tiba Muncul Bila Madani Masuk Pejabat – Eric Lim

30/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Timbalan Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN), Eric Lim Sian See membangkitkan sejarah di sebalik projek...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd